Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

Sabtu, 16 Mei 2015

TUAN RUMAH PELANCARAN GOTONG-ROYONG PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

16 MEI 2015 (Sabtu) - BERSEMPENA dengan sambutan Hari Guru 2015, SMK Sultan Omar diberikan tanggungjawab oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu untuk menjadi tempat Pelancaran Gotong-royong Perdana Peringkat Negeri Terengganu pagi ini.




Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin di Dataran Perhimpunan SMK Sultan Omar.

Tuan Haji Shafruddin menyempurnakan pelancaran dengan menanam pokok Dungun di kawasan yang bersebelahan dengan pentas perhimpunan, disaksikan oleh pelajar dan guru SMK Sultan Omar, ibu bapa dan guru-guru jemputan dari sekolah yang berdekatan.

Selepas menanam pokok Dungun, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu itu membuat semburan cat di dinding tingkat satu blok Tingkatan 6, sebelum dibawa ke kelas Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI).

Dalam gotong-royong itu, pelajar-pelajar membersihkan dan menceriakan bilik darjah masing-masing, manakala pasukan beruniform lelaki ditugaskan di seluruh kawasan sekolah.

Turut hadir ialah Pegawai Pendidikan Daerah Dungun, Tuan Haji Bakar bin Jusoh, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Pengurusan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Haji Ngah bin Bidin, dan pegawai-pegawai lain dari Pejabat Pendidikan Daerah Dungun.

Program tersebut mendapat kerjasama daripada kontraktor kebersihan yang berkhidmat di SMK Sultan Omar dengan menyediakan peralatan dan kemudahan lori untuk membuang sampah.

Gotong-royong itu berjalan lancar dan tamat pada pukul 11:00 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan