Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

Khamis, 12 Mac 2015

KONTINJEN SMKSO NAIB JOHAN MSSD DUNGUN KE-46

12 MAC 2015 - SMK SULTAN OMAR muncul sebagai naib johan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Dungun (MSSD Dungun) kali ke-46 yang berlangsung dari 8 Mac lalu hingga lewat petang ini.


Gambar kiriman Puan Hartini (WhatsApp)

Dengan kedudukan itu, kontinjen sekolah ini gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenangi dalam kejohanan kali ke-45 tahun lepas, dan kembali kepada kedudukan yang diperoleh pada edisi 2013.

Kontinjen sekolah ini memperoleh 11 emas, 11 perak, dan 7 gangsa, ketinggalan kepada SMK Paka yang menggondol 18 emas, 11 perak, dan 11 gangsa, sekali gus kembali merampas kejuaraan yang terlepas pada tahun lepas. 

Atlet-atlet olahraga sekolah memperoleh jumlah pingat emas yang sama dengan SMK Tengku Intan Zaharah yang menduduki tempat ketiga, tetapi mempunyai kelebihan dari segi pungutan pingat perak dan gangsa.

Sungguhpun menduduki tempat kedua, atlet SMK Sultan Omar mencipta beberapa rekod baharu kejohanan.

Kejohanan diadakan di trek dan balapan SMK Sultan Omar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan