Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

Isnin, 9 Ogos 2021

PELANCARAN SAMBUTAN MAAL HIJRAH DAN BULAN KEMERDEKAAN

TUAN Haji Che Rashid bin Sulong, Pengetua Cemerlang SMKSO melancarkan Sambutan Maal Hijrah 1443 dan Bulan Kemerdekaan 2021 melalui perantaraan Google Meet dalam satu majlis yang bermula pukul 5:00 petang ini.


Majlis yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan MAKDIS dan dengan kerjasama daripada Unit Kokurikulum itu disertai oleh guru dan kakitangan SMKSO, dan pelajar Tingkatan dan Tingkatan 6.

Menurut Tuan Haji Rashid, antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan Muharam 1443 Hijrah ialah e-Kuiz Muharam, e-Poster atau e-Slaid Muharam, bacaan Surah Yasin sebanyak dua kali, dan tazkirah lima minit. Selain itu, beliau mencadangkan supaya dianjurkan ceramah Maal Hijrah, seperti yang biasa dilakukan sebelum ini.

Bagi memeriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan 2021, aktiviti yang diadakan ialah pertandingan deklamasi sajak, dan pertandingan nyanyian solo lagu patriotik, e-kuiz sejarah Malaysia, dan pakaian beragam. Selain itu, pertandingan mewarna dikhususkan bagi peringkat menengah rendah, manakala pertandingan e-poster digital untuk pelajar menengah atas. Terdapat juga aktiviti yang melibatkan Jalur Gemilang dalam kalangan guru dan pelajar.

Majlis perasmian pelancaran kedua-dua peristiwa besar itu diisi dengan bacaan Yasin, tahlil, dan bacaan doa akhir tahun 1442 Hijrah dan awal tahun 1443 Hijrah. Majlis dipimpin oleh Ustaz Za,aimuddin bin Husain, Guru Pendidikan Islam.


Ahad, 1 Ogos 2021

DESSO MENERIMA GURU BAHARU

MULAI bulan Julai lalu, SMKSO menerima beberapa orang guru baharu untuk mengisi kekosongan kuota guru kerana pertukaran yang berlaku kerana kenaikan pangkat sebelum ini.

Dua orang guru yang telah mendaftar pada minggu akhir bulan Julai lalu ialah Puan Masaidatul-Aisah binti Hashim, guru Matematik yang bertukar dari SMK Sultanah Hajah Kalsom, Bandar Damansara, Kuantan, Pahang, dan diikuti oleh Encik Mawardi bin Minuddin, Guru Kaunseling, yang menggantikan Puan Mashitah binti Hassin yang bertukar ke SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu.


Yang terbaharu mendaftar ialah Puan Norhidayah binti Mustafa, dan Puan Noor Naterah binti Ibrahim.