Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

Sabtu, 23 Oktober 2021

TUISYEN CALON STAR SPM 2021 DI MAYANG SARI

PROGRAM tuisyen khas, Tuisyen Calon Star SPM 2021 diadakan di Mayang Sari Resort sepanjang hari ini.

Enam belas orang pelajar terlibat pada hari ini yang disasarkan akan mendapat semua A dalam peperiksaan SPM 2021 yang akan diadakan pada tahun hadapan.




Kumpulan pelajar ini dipilih berdasarkan pencapaian cemerlang mereka dalam Ujian TOV yang telah diadakan sebelum ini.

Hari ini merupakan siri pertama program ini, manakala siri kedua akan diadakan pada minggu hadapan. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKSO.

Selasa, 19 Oktober 2021

MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER 2: PELAJAR TINGKATAN ENAM ATAS DIBERIKAN MOTIVASI

PELAJAR Semester 2 SMKSO menjalani Program Motivasi Prapeperiksaan STPM Semester 2 di Rumbia Resort, Paka selama sehari.




Dalam program yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan diselenggarakan oleh Jawatankuasa Projek Kecemerlangan STPM itu, pelajar diberikan motivasi berdasarkan pengalaman Tuan Haji Mohd Roslan bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Ineos PCG Acetyls.

Tuan Haji Che Rashid bin Sulong, Pengetua Cemerlang SMKSO, Tuan Haji Mokhtar bin Omar, Yang Dipertua PIBG SMKSO, dan Encik Mohd Afzarizam bin Mamat, Penolong Kanan Kokurikulum, dan Tuan Haji Mazlan bin Mohd, Penolong Kanan Tingkatan Enam turut hadir.

Sebelum mengikuti ceramah, pelajar tersebut juga mendapat motivasi ringkas daripada guru mentor masing-masing. Mereka kemudiannya mendapat bimbingan menjawab soalan MUET yang dikendalikan oleh Encik Ahmad Hamdany bin Ahmad Halimy, dan Puan Rozita binti Mohamed Kassim pada sesi petang.

Pelajar tersebut akan menghadapi peperiksaan MUET Ssesi 2 pada 23 Oktober 2021 (Sabtu) ini, dan peperiksaan STPM Semester 2 pada 26 hingga 28 Oktober (Selasa hingga Khamis) ini.



Isnin, 18 Oktober 2021

PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2020

LAPAN orang guru SMKSO menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) untuk perkhidmatan tahun 2020 dalam majlis yang diadakan di Bilik Mesyuarat Gemilang DESSO pagi ini.

Penerima-penerima tersebut terdiri daripada Tuan Haji Rusli bin Mohd Nor, Encik Afandi bin Harun, Puan Norazira binti Lat, Puan Zurina binti Jaafar, Puan Norhayati binti Ab. Ghani, Puan Noraini binti Abdullah, dan Puan Siti Zubaidah binti Fazai, manakala Puan Haslina binti Mohd merupakan Pembantu Makmal.









Encik Afandi bin Harun merupakan Guru Penolong Kanan Kokurikulum sebelum menjawat jawatan Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Pulau Serai pada tahun ini, manakalah Puan Siti Zubaidah binti Fazai ialah Guru Akademik Tingkatan Enam mata pelajaran Pengajian Perniagaan yang bertukar ke SMK Sultan Ahmad, Kuala Terengganu.

Penyampaian anugerah disempurnakan oleh Encik Shaiful Bahri bin Shafie, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun Sektor Pengurusan Sekolah.

Rabu, 13 Oktober 2021

MESYUARAT AGUNG PIBG KE-44 LULUSKAN USUL PEMILIHAN AJK DUA TAHUN SEKALI

MESYUARAT Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sultan Omar Ke-44 bersetuju secara sebulat suara menyokong usul agar pemilihan AJK diadakan setiap dua tahun dalam majlis yang diadakan pada malam ini.


Mesyuarat kali ini mencatatkan dua hal yang unik kerana inilah kali pertama diadakan pada waktu malam, dan diadakan secara hibrid, dengan ahli jawatankuasa bermesyuarat di Dewan Warisan, manakala ibu bapa dan guru mengikutinya perantaraan Zoom.

Mesyuarat dirasmikan oleh Encik Shaiful Bahri bin Shafie, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun Sektor Pengurusan Sekolah, yang mewakili Tuan Haji Kasman bin Embong, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Dungun yang tidak dapat bersama kerana tidak sihat.

Tuan Haji Mokhtar bin Omar, Yang Dipertua PIBG menegaskan dalam ucapannya bahawa usul agar pemilihan ahli jawatankuasa diadakan setiap dua tahun supaya dapat memberi peluang kepada ahli jawatankuasa melaksanakan tugas dengan lebih lama. Menurutnya, jika pemilihan setahun sekali dikekalkan, pada bulan Mac tahun hadapan, pemilihan yang baharu terpaksa diadakan sekali lagi.

Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini ditangguhkan disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada bulan Jun lalu. 

Dalam mesyuarat itu juga, usul agar dikekalkan sumbangan PIBG sebanyak RM50.00 bagi setiap keluarga dan bayaran kecemerlangan sebanyak RM100.00 bagi pelajar SPM dan STPM juga turut diluluskan.

Mesyuarat juga mengadakan cabutan bertuah yang dimenangi oleh 10 orang ibu bapa dan penjaga.

PELAJAR CEMERLANG SPM DAN STPM 2020 TERIMA ANUGERAH

SEMBILAN belas orang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam 2020 menerima anugerah kecemerlangan pada pagi ini.

Penerima anugerah terdiri daripada empat orang lepasan STPM 2020 dan lima belas orang pelajar yang menduduki SPM 2020.

Dalam majlis itu, pelajar cemerlang bersama dengan ibu, bapa, atau penjaga masing-masing menerima anugerah secara pandu lalu. Mereka mengambil anugerah yang terdiri daripada sijil kejayaan dan wang tunai dan bergambar dengan Tuan Haji Che Rashid bin Sulong, Pengetua Cemerlang, dan Tuan Haji Mokhtar bin Omar, Yang Dipertua PIBG.


Penerima anugerah bagi STPM ialah Yusra Radhiah binti Ridzuan, Nor Shaliha binti Muhyidin, Nur Umairah binti Ahmad Yusri, dan Nurul Bashirah binti Mohamad. Yusra Radhiah merupakan pelajar terbaik STPM 2020 dengan PNGK 4.00 setelah memperoleh A dalam semua empat pelajaran yang didudukinya.

Penerima anugerah bagi SPM terdiri daripada Foo Li Lin, Chong Jia Ying, Tay Li Yen, Ahmad Annam Hakimi bin Zainal, Aw Yi Yeen, Danial Osama Wafi bin Daud, Nor Aina Zulaikha binti Norhaimi, Nor Suriani binti Saulamit, Kenice Che Chu Jun, Mohammad Syabil Aizat bin Abdul Rahman, Nurul Syakirah binti Mohd Rosel, Syerlyn Chan Suet Lin, Yeo Cheng Chuan, Yong Ying Ke, dan Norhearlis Syarmila binti Mohamad Ubaidillah Marzuki. Pelajar terbaik SPM 2020 ialah Foo Li Lin.

Ahad, 3 Oktober 2021

PELAJAR PPKI, TINGKATAN 5 DAN TINGKATAN 6 KEMBALI KE SEKOLAH

SETELAH sekolah ditutup mulai 16 Mei 2021, dan semua pelajar menjalani pembelajaran dalam talian, mulai hari ini sekolah dibuka semula yang melibatkan kehadiran semua pelajar Pendidikan Khas Integrasi dan semua pelajar Tingkatan 6 Semester 2.  Sementara itu, sebahagian daripada pelajar Tingkatan Lima dan pelajar Tingkatan 6 Semester 1 hadir secara bergilir.





Seperti sebelumnya, pelajar dikenakan saringan suhu di pintu pagar utama sekolah dengan dipantau oleh guru bertugas.

Tuan Haji Kasman bin Embong, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Dungun, Encik Shamsul Bahri bin Shafie, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun Sektor Pengurusan Sekolah hadir membuat pemantauan tentang pelaksanaan prosedur operasi standard pembukaan sekolah. Selain itu, yang turut hadir meninjau pematuhan prosedur standard ialah Tuan Haji Mokhtar bin Omar, Yang Dipertua PIBG dan beberapa orang AJK PIBG.

Jawatankuasa Guru Bertugas melaksanakan prosedur operasi standard pada minggu ini diketuai oleh Ustaz Za'aimuddin bin Husain.