Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

Khamis, 30 Julai 2015

PESTA SEM 2015: PROJEK "LA CHAISE ROULANT" SMKSO RAIH PERAK

30 JULAI 2015 (Khamis) - Pelajar DESSO mencatatkan sejarah dalam Pesta Schoolwide Enrichment Model (SEM) apabila memperoleh pingat perak dalam pertandingan peringkat negeri Terengganu yang diadakan di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu pada 28 hingga 30 Julai 2015.



Dalam pertandingan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Kerajaan Negeri Terengganu itu, 10 orang peserta DESSO mempersembahkan projek yang diberi nama "DESSO La Chaise Roulant", yang berupa inovasi kerusi yang dapat digunakan dalam tiga keadaan.

Pelajar yang terlibat ialah Nur Farah Hamimi binti Mohd Haris (4 Premier), Muhammad Akil bin Awang (4 Premier), Nur Najwa Farahah binti Mohd Zakaria (4 Premier), Azril Izzat bin Ramlan (4 Premier), Nik Muhammad Hafizuddin bin Nik Rasly (2 Premier), Muhammad Daniel Haiqal bin Anura (4 Premier), Nur Nadhirah Alia binti Radzilah (4 Perdagangan), Nur Izzah Afidah binti Mohd Sampri (4 Teknologi), Wan Mirza Hazim bin Wan Mohd Yusof (4 Perakaunan), dan Ahmad Khairul Ikhwan bin Tallha 'Rauh (2 Premier).

Kerusi tersebut dapat digunakan sebagai kerusi di taman, boleh diubah suai menjadi kerusi ilmu atau kerusi untuk bacaan, dan boleh dijadikan kerusi kesihatan.

Hadiah disampaikan oleh Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Tuan Haji Mohd Zubir bin Embong.

Sabtu, 25 Julai 2015

WARGA SMKSO SAMBUT HARI RAYA

25 JULAI 2015 (SABTU ) -  Warga SMK Suttan Omar memenuhi hari persekolahan ganti hari ini dengan mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah.


Sambutan Aidilfitri dikendalikan oleh Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah dengan penyediaan menu berdasarkan tingkatan, mulai Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6. Setiap tingkatan ditugaskan menyediakan dua menu utama, di samping kuih-muih lain mengikut budi bicara masing-masing. 

Guru, pelajar, dan kakitangan sekolah dan kakitangan swasta yang berpakaian hari raya bebas mengambil makanan di mana-mana stesen.

Kemeriahan majlis terlihat jelas dengan kebanyakan pelajar bukan Melayu, lelaki dan perempuan, turut menyemarakkan majlis tersebut, malahan beberapa orang pelajar bukan Melayu juga turut memakai baju kurung dan baju Melayu.

Selasa, 14 Julai 2015

MAJLIS KHATAM QURAN, PENYAMPAIAN HADIAH DAN SUMBANGAN HARI RAYA

13 JULAI 2015 (Isnin) - Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Surau Al-Ikhlas, SMK Sultan Omar mengadakan Majlis Khatam al-Quran di Surau Al-Ikhlas.


Khamis, 9 Julai 2015

MAJLIS BERBUKA PUASA KELAB GURU DAN KAKITANGAN

8 JULAI 2015 (Rabu) - KELAB Guru dan Kakitangan SMKSO mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Balai Selera Tom Yam, Jalan Balai Besar, Dungun pada petang ini.


Majlis tersebut turut disertai oleh ahli keluarga guru dan kakitangan SMK Sultan Omar serta wakil daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

Guru dan keluarga tiba pada pukul 6:45 petang. Bacaan doa berbuka puasa diketuai oleh Tuan Haji Ghazali bin Abdullah. Majlis bersurai pada pukul 8:00 malam.