Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

Selasa, 27 Januari 2015

SURAU AL-IKHLAS RAIH HADIAH KETIGA IMARAH SURAU SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN

27 JANUARI 2015 - SURAU Al-Ikhlas hari ini diisytiharkan sebagai pemenang hadiah ketiga Pertandingan Imarah Surau Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2014 anjuran Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan penilaian tentang pencapaian pengurusan surau berkenaan sepanjang tahun 2014.




Pengumuman kejayaan diadakan di Dewan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kolej Univresiti Insaniah, Mergong, Kedah.

Hadiah yang berupa wang tunai RM1,000.00 dan beberapa cenderamata iringan lain diterima oleh Pengetua SMK Sultan Omar, Encik Wan Su bin Wan Jaffar daripada Dato' Haji Ahmad Tajuddin bin Jah, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Operasi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Turut ke pentas dalam majlis penyampaian hadiah itu ialah Penolong Kanan Pentadbiran selaku Timbalan Pengerusi 1 Surau Al-Ikhlas, Encik Ruslan bin Haji Ismail, dan Setiausaha Surau Al-Ikhlas, Tuan Haji Ghazali bin Abdullah. Hadir bersama ke dewan itu ialah Naib Pengerusi Surau Al-Ikhlas, Puan Hajah Norhayati binti Salim, dan Penyelaras Surau Al-Ikhlas, Puan Azlina binti Ramli.

Surau Al-Ikhlas telah memenangi hadiah sagu hati dalam pertandingan yang sama pada tahun 2013. Kejayaan ini amat membanggakan semua ahli jawatankuasa pengurusan dan warga SMKSO, kerana dapat membuktikan bahawa Surau Al-Ikhlas yang beroperasi di sebuah bangunan lama dan biasa, mampu untuk menduduki tempat ketiga teratas di peringkat kebangsaan.

Penyertaan Surau Al-Ikhlas di peringkat kebangsaan ini bermula dengan pemilihan di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Dungun, dan seterusnya muncul johan dalam di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan