Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

Isnin, 14 Disember 2015

SMKSO RAIH ENAM ANUGERAH KECEMERLANGAN PPD DUNGUN

14 DISEMBER 2015 (Isnin) - Menjelang penghujung tahun 2015, SMK Sultan Omar mencatatkan kegemilangan dengan meraih enam anugerah kategori sekolah menengah bagi peringkat daerah Dungun bersempena dengan Hari Anugerah Kecemerlangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Dungun 2015.


Anugerah tersebut terdiri daripada empat kategori pengurusan, iaitu Bilik Peperiksaan Terbaik, Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Terbaik, Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) Terbaik, dan Bilik Guru Terbaik.

Dua lagi merupakan anugerah individu, iaitu Kakitangan Terbaik, yang dimenangi oleh Ketua Kerani, Encik Mohd Husni bin Husain, dan Anugerah Guru Terbilang Pendidikan Khas, yang dimenangi oleh Puan Siti Zuraidah binti Mat Napi.

Majlis Anugerah Kecemerlangan PPD Dungun diadakan di Dewan Aspirasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun. Perasmian dan penyampaian anugerah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Roslee bin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Terengganu, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Dungun.

PT3 2015 MENINGKAT

14 DISEMBER 2015 (Isnin) - Pencapaian calon Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2015 menunjukkan peningkatan dengan pencapaian lulus dalam semua mata pelajaran ialah 38.41% berbanding dengan tahun 2014 yang hanya 20.90%.



Pada tahun ini, 63 orang calon lulus dalam semua mata pelajaran, berbanding 53 pada tahun sebelumnya.

SMKSO juga memperoleh peningkatan dari segi kualiti apabila tiga orang calon mendapat A dalam semua mata pelajaran, iaitu 10A, berbanding dua orang pada tahun lepas. Calon-calon tersebut ialah Chuah Shuoh Shiuan, Muhammad Hisham bin Rasdee, dan Nur Elia Hanisa binti Suhaimi, ketiga-tiganya dari 3 Premier.

Keputusan PT3 tersebut diumumkan di Dewan Warisan pada pagi ini, dengan penyampaian sijil kepada ketiga-tiga orang calon yang memperoleh 10A, empat orang calonr memperoleh 9A, tujuh orang calon mendapat 8A, dua orang calon mendapat 7A, 8 orang calon mendapat 6A, dan 12 orang calon memperoleh 5A disempurnakan oleh Pengetua, Encik Wan Su bin Wan Jaffar.

PT3 sesi 2015 merupakan pelaksanaan kali kedua mengggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Isnin, 2 November 2015

JAMUAN AKHIR TAHUN

1 NOVEMBER 2015 (Ahad) - Kelab Guru dan Kakitangan SMK Sultan Omar menganjurkan Jamuan Akhir Tahun di Dewan Bidara, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Dungun, petang ini.


Majlis dimeriahkan dengan tema Pakaian Pengantin dan pemilihan guru yang menepati tema tersebut, serta cabutan bertuah.

Majlis dirasmikan oleh Pengetua, Encik Wan Su bin Wan Jaffar.

Ahad, 18 Oktober 2015

PROGRAM MINGGU AYUH SEJAHTERA UNTUK CEGAH SALAH GUNA DADAH

18 OKTOBER 2015 (AHAD) - Unit Perkhdimatan Bimbingan dan Kaunseling SMK Sultan Omar melancarkan Program Minggu Ayuh Sejahtera semasa Perhimpunan Mingguan hari ini.


Program ini merupakan program Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu yang mendapat kerjasama daripada Kerajaan Negeri Terengganu yang bertujuan untuk menjauhkan pelajar daripada najis dadah.

Semasa pelancaran majlis itu, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Wan Mohd Yusof bin Wan Mohamad membacakan perutusan daripada Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, manakala Pengetua, Encik Wan Su bin Wan Jaffar membacakan perutusan daripada Menteri Besar Terengganu.

Minggu Ayuh Sejahtera bermula pada hari Khamis lepas dengan menggantung pemidang program itu di pintu masuk sekolah. Program lain ialah Senamrobik, Saya Sejahtera dalam Pembelajaran dan Pengajaran dengan aktiviti menulis esei, melukis poster dan menulis puisi masing-masing dilaksanakan oleh Panitia Bahasa Melayu, Panitia Pendidikan Seni Visual, dan Panitia Sivik dan Kewarganegaraan, Pesan Bestari, Bacaan Doa Pagi, dan Tazkiatun Nafs. 

Tema program ini ialah "Saya Sejahtera: Memperkasakan Transformasi Pendidikan", akan berlangsung hingga 22 Oktober 2015 (Khamis) ini.


Khamis, 8 Oktober 2015

RESTU ILMU PT3 DI DEWAN WARISAN

8 OKTOBER 2015 (Khamis) - Jawatankuasa Projek Kecemerlangan PT3 menganjurkan Majlis Restu Ilmu PT3 di Dewan Warisan hari ini.


Program disempurnakan oleh Pengetua SMKSO, Encik Wan Su bin Wan Jaffar.

Pelajar Tingkatan 3 akan menghadapi peperiksaan bertulis PT3 pada 12, 13 dan 15 Oktober ini. 

Pada majlis itu, jawatankuasa projek menghadiahkan cenderamata kepada setiap orang calon yang diterima oleh ketua tingkatan masing-masing daripada Encik Wan Su. Majlis ditutup dengan pelajar bersalam dengan Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, dan guru-guru PT3.


Rabu, 7 Oktober 2015

SOLAT HAJAT PERDANA 2015

7 OKTOBER 2015 (RABU) - Jawatankuasa Projek Kecemerlangan PT3, SPM, dan STPM, dengan kerjasama Pengurusan Sekolah dan Surau Al-Ikhlas SMKSO, mengadakan Solat Hajat Perdana pada malam ini di Surau Al-Ikhlas.


Program bermula dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti dengan solat hajat, bacaan Surah Yassin, dan solat Isyak berjemaah, yang dipimpin oleh Tuan Haji Ghazali bin Abdullah.

Program disertai oleh ibu bapa dan penjaga dan pelajar-pelajar yang Tingkatan 3, Tingkatan 5, dan Tingkatan 6. Peperiksaan PT3 akan berlangsung pada pertengahan bulan ini, manakala peperiksaan SPM dan STPM Penggal 3 akan berlangsung pada 2 November 2015, dan peperiksaan STPM Penggal 1 akan bermula seminggu selepas itu.

Dalam ucapannya, Pengetua SMKSO, Encik Wan Su bin Wan Jaffar berharap ibu bapa dapat memberikan perhatian kepada anak masing-masing, sebagai nilai tambah kepada usaha yang telah dijalankan oleh guru, agar anak-anak mampu mencapai kejayaan yang baik.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Tuan Haji Mokhtar bin Omar.

Khamis, 1 Oktober 2015

HARI TERBUKA PUSAT SUMBER SEKOLAH

29 - 30 SEPTEMBER 2015 (SELASA - RABU) - Pusat Sumber Sekolah (PSS) menganjurkan Hari Terbuka PSS di Perpustakaan selama dua hari, yang terbuka untuk dikunjungi oleh semua pelajar mengikut kelas.



Sepuluh aktiviti yang berasaskan pembinaan ilmu dan penajaman fikiran dianjurkan yang boleh disertai oleh pelajar semasa mengunjungi program tersebut. Aktiviti-aktivitinya ialah Kuiz Teka Silang Kata, Melukis Poster, Mewarna Bendera, Meneka Peribahasa, Origami, IQ Puzzle, Pertandingan Buku Skrap, Pertandingan Congkak, Meneka Bilangan Muka Surat Buku, dan Explorace.

Program disempurnakan pelancarannya oleh Pengetua, Encik Wan Su bin Wan Jaffar. 

Selasa, 29 September 2015

BEKAS GURU DAN PELAJAR DESS LAWAT SMKSO

29 SEPTEMBER 2015 (SELASA) - Dua orang guru yang pernah mengajar di sekolah ini pada tahun 1969 yang ketika itu ialah Sekolah Menengah Inggeris Dungun atau lebih dikenali sebagai Dungun English Secondary School (DESS) mengadakan lawatan pada hari ini. 


Dua orang guru tersebut ialah Encik Ken Nirenberg yang menjadi guru pada tahun 1969 hingga 1970, dan Encik Oii Khar Choon yang menjadi guru pada tahun 1969 hingga 1978. Ketika itu, DESS di bawah pentadbiran Encik Gilber Khoo.

Encik Ken Nirenberg sekarang menetap di Texas, Amerika Syarikat, sementera Encik Ooi Khar Choon menetap di Klang, Selangor.

Turut bersama dengan dua orang guru tersebut ialah bekas pelajar Tingkatan 5 pada tahun 1969, Tuan Haji Kazaruddin bin Haji Kamaruddin, yang kini menetap di Kuantan, Pahang. Kesemua mereka diiringi oleh beberapa orang bekas pelajar DESS yang tinggal di sekitar bandar Dungun.

Mereka melawat di sekitar kawasan sekolah selama lebih daripada dua jam, diiringi oleh Pengetua, Encik Wan Su bin Wan Jaffar.

Selasa, 15 September 2015

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM 40 HARI MENJELANG PT3, SPM DAN STPM

15 SEPTEMBER 2015 (SELASA) - Jawatankuasa Projek Kecemerlangan PT3, SPM dan STPM menganjurkan Pelancaran Program 40 Hari Menjelang PT3, SPM dan STPM, dan Majlis Temu Mesra PT3 dan STPM 2015 di Dewan Warisan pagi ini.


Majlis pelancaran disempurnakan oleh Tuan Haji Mokhtar bin Omar, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sultan Omar. 

Majlis tersebut diadakan untuk memberi peringatan dan kesedaran kepada ibu bapa dan penjaga bahawa hari peperiksaan bagi PT3, SPM dan STPM sudah semakin hampir. Dalam ucapan alu-aluannya, Pengetua SMKSO, Encik Wan Su bin Wan Jaffar meminta ibu bapa dan penjaga supaya turut memainkan peranan dengan memberikan kecaknaan kepada pelajaran anak-anak. Hal tersebut perlu kerana anak-anak mempunyai masa yang lebih di rumah berbanding dengan di sekolah.

Dalam majlis itu, pelajar PT3, SPM dan STPM Penggal 1 dan Penggal 3 melafazkan ikrar, dengan diketuai oleh Sdr Muhammad Izzat Muhaimin.

Tuan Haji Mokhtar juga menyampaikan sijil penghargaan kepada semua guru PT3, SPM dan STPM, di samping cenderamata kepada pelajar cemerlang dalam Peperiksaan Percubaan PT3 dan SPM.

Selepas majlis tersebut, ibu bapa dan penjaga pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 mengambil Slip Keputusan Percubaan PT3 dan SPM anak masing-masing di anjung Dewan Warisan.

Isnin, 14 September 2015

JERAYAWARA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA DI SMKSO

14 SEPTEMBER 2015 (Isnin) - Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) mengadakan sesi penjelasan tentang status peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dalam siri Jerayawara MPM di Dewan Warisan hari ini mulai pukul 11:00 pagi hingga 12:30 tengah hari.


Penerangan tentang STPM disampaikan oleh Encik Adnan, Setiausaha Mata Pelajaran Sains dan Matematik MPM kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan Pra-U Bawah.

Tujuan jerayawara dilakukan untuk menjelaskan kepada pelajar, ibu bapa dan guru, bahawa pelajaran di peringkatan Tingkatan 6 atau Prauniversiti telah ditingkatkan setaraf dengan Matrikulasi, Asasi dan Diploma dari segi pengurusannya. Pengajian di Tingkatan 6 melibatkan tiga penggal yang menyamai sistem semester di universiti. Pelajar yang mengikuti Tingkatan 6 tidak dikenakan bayaran untuk mengambil peperiksaan bagi setiap penggal, kecuali untuk mengambil kertas ulangan. 

Sijil STPM sah terpakai untuk memohon pekerjaan dengan Jabatan Perkhidmatan awam, malahan kelulusannya diiktiraf oleh banyak universiti di luar negara.

Sebelum menyampaikan penerangan itu, Encik Adnan melakukan pemantauan tentang pelaksanaan kerja kursus dalam kalangan pelajar Pra-U Penggal 3 (6 Pra-U Atas) mulai pukul 8:00 hingga 10:00 pagi. Dalam pemantauan itu, pelaksanaan Kerja Kursus Pra-U memperoleh penarafan Band 3, iaitu band tertinggi dalam pengiraan proses pemantauan MPM.


Khamis, 3 September 2015

PELAJAR DAN GURU MENDERMA DARAH

3 SEPTEMBER 2015 (KHAMIS) - Sebahagian pelajar Pra-U, Tingkatan 5, dan beberapa orang guru menderma darah dalam program Kempen Derma Darah anjuran Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu di Dewan Warisan SMKSO, bermula 9:30 pagi ini.


Taklimat tentang kepentingan derma darah telah disampaikan oleh pegawai kesihatan berkenaan pada 30 Ogos 2015 lalu.

Pelajar yang berusia 17 tahun ke atas yang mendapat kebenaran daripada ibu bapa, dan yang berusia 18 tahun ke atas, dan lulus saringan kesihatan, layak menderma darah.


Ahad, 30 Ogos 2015

PESERTA BASIKALTON HARI KEBANGSAAN DIRAIKAN OLEH KRT ALUR TEMPOYAK

30 OGOS 2015 (AHAD) -  Lebih kurang 200 orang pelajar SMK Sultan Omar mengambil bahagian dalam acara Basikalton Hari Kebangsaan yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SMKSO pagi ini.


Acara bermula dengan pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Perhimpunan yang disempurnakan oleh Encik Wan Su bin Wan Jaafar, Pengetua SMKSO.

Pergerakan peserta basikalton bermula di hadapan pintu masuk utama DESSO menuju ke Kuala Dungun. Selepas singgah di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Dungun, perarakan berbasikal itu melalui Jalan Pantai Teluk Lipat dan berehat di Tanjung Gadung. Dengan diawasi oleh pegawai polis trafik dari Balai Polis Daerah Dungun, peserta meneruskan perjalanan melalui Jalan Lapangan Terbang ke Pondok Kawasan Rukun Tetengga (KRT), Kampung Alor Tempoyak, Dungun.

Di KRT Alur Tempoyak, peserta dan guru pengiring basikalton disambut dan diraikan dalam majlis makan tengah hari oleh ahli jawatankuasa Surau Nur Hidayah, KRT Alor Tempoyak, dan Jabatan Perpaduan Daerah Dungun.

Basikalton ditamatkan di Dataran Perhimpunan dengan penyerahan kembali Jalur Gemilang yang digunakan.

Sabtu, 29 Ogos 2015

PPKI SMKSO DAPAT KEPERCAYAAN JPN TERENGGANU SERTAI PAMERAN KERJA PENDIDIKAN KHAS NEGERI

29 OGOS 2015 (SABTU) - Pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMKSO menyertai Pameran Hasil Kerja Murid Pendidikan Khas di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu, Marang, pada hari ini.


Program tersebut bersempena dengan Program Sarana Ibu Bapa Linus Pendidikan Khas Peringkat Negeri Terengganu.

Hasil kerja PPKI yang dipamerkan dari pukul 8:30 pagi hingga 4:30 petang terdiri daripada pelbagai saiz bantal kekabu, yang biasa dipasarkan sebelum ini, selain beberapa produk baharu seperti rantai kunci kekabu, kek cawan span, dan kelarai khat. 

Menurut Encik Azran bin Ismail, Penyelaras PPKI SMKSO, PPKI sekolah ini menjadi satu-satunya PPKI sekolah menengah di negeri Terengganu yang menunjukkan kecemerlangan semenjak sekian lama. Oleh itu, menurut Encik Azran lagi, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu memberi mandat kepada PPKI SMKSO menyertai pameran ini.

Kesemua penghasilan tersebut dihasilkan dengan bimbingan daripada guru-guru PPKI, Puan Che Wan Aiha binti Ismail, Puan Nik Nurul Nasuha binti Idris, Puan Noraini binti Abdullah, dan Cik Siti Zuraidah, dan diketuai oleh Encik Azran bin Ibrahim, Penyelaras PPKI SMKSO.

Pelajar PPKI yang terlibat dalam pameran hasil kerja ini ialah Muhammad Saifuddin bin Mohd Azmi, Zaharah binti Othman, Muhammad Iqbal Shariq bin Mohd Jaafar, Mohammad Aiman bin Mohammad Asri, dan Ahmad Thohir bin Rusli.

Majlis penutupan program disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin.

Foto: Azran bin Ibrahim (Penyelaras PPKI SMKSO)


Ahad, 16 Ogos 2015

JAMUAN KESYUKURAN APC

16 OGOS 2015 (AHAD) - Guru dan kakitangan SMK Sultan Omar yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2014 mengadakan jamuan kesyukuran di depan Pejabat Pengurusan dan Pentadbiran pagi ini.


Mereka ialah Encik Wan Mohd Yusof bin Wan Mohamad (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid), Encik Ramlan bin Jusoh (Ketua Panitia Kemahiran Hidup), Encik Nor Mohd Iqzarullah bin Abu Bakar (Ketua Panitia Bahasa Inggeris), Puan Siti Kamariah binti Mad Yunus, Puan Sharifah Alia Sufla binti Sd Agil, Puan Wan Nor Mahzira binti Wan Mustaffa (Guru Data), Cik Siti Zuraidah binti Mat Napi (Guru Pendidikan Khas Integrasi), Puan Noorashila binti Mohd Saupi (Guru Perpustakaan dan Media), dan Puan Wan Ruzaini binti Wan Harun (Pembantu Am Pejabat).

Semua guru, kakitangan bukan akademik, dan pekerja swasta menghadiri jamuan  tersebut. 

Ahad, 2 Ogos 2015

PEGAWAI POLIS MELAWAT SMKSO - SEKOLAH ANGKAT PDRM DUNGUN

2 OGOS 2015 (AHAD) - PEGAWAI polis dari Balai Polis Daerah Dungun berkunjung ke SMK Sultan Omar pagi ini bersempena dengan pemilihan sekolah ini sebagai sekolah angkat PDRM.

Pelancaran Sekolah Angkat PDRM telah dilaksanakan pada bulan April lalu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, dan SMK Sultan Omar antara dua buah sekolah di Dungun yang terpilih.



Dalam ucapannya ketika Perhimpunan Mingguan Khas, Ketua Polis Daerah Dungun, Supt. Ahmad Zailani bin Yaacob berharap pelajar sekolah ini tidak terlibat dengan aktiviti yang menyalahi peraturan, seperti berlumba atau merempit, mengambil atau mengedar dadah, bergaduh, mencuri, meragut, dan sebagainya. Beliau memberikan amaran bahawa beliau dan anak-anak buahnya tidak akan teragak-agak untuk menangkap pelajar yang terlibat dengan kegiatan-kegiatan tersebut.

Turut hadir ialah Pegawai Perhubungan Polis Sekolah, Sarjan Mejar Detektif Mohamad bin Abdullah, dan ASP Efendi bin Mohamad.

Sebelum itu, Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ruslan bin Haji Ismail, menyampaikan ucapan alu-aluan.

Khamis, 30 Julai 2015

PESTA SEM 2015: PROJEK "LA CHAISE ROULANT" SMKSO RAIH PERAK

30 JULAI 2015 (Khamis) - Pelajar DESSO mencatatkan sejarah dalam Pesta Schoolwide Enrichment Model (SEM) apabila memperoleh pingat perak dalam pertandingan peringkat negeri Terengganu yang diadakan di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu pada 28 hingga 30 Julai 2015.



Dalam pertandingan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Kerajaan Negeri Terengganu itu, 10 orang peserta DESSO mempersembahkan projek yang diberi nama "DESSO La Chaise Roulant", yang berupa inovasi kerusi yang dapat digunakan dalam tiga keadaan.

Pelajar yang terlibat ialah Nur Farah Hamimi binti Mohd Haris (4 Premier), Muhammad Akil bin Awang (4 Premier), Nur Najwa Farahah binti Mohd Zakaria (4 Premier), Azril Izzat bin Ramlan (4 Premier), Nik Muhammad Hafizuddin bin Nik Rasly (2 Premier), Muhammad Daniel Haiqal bin Anura (4 Premier), Nur Nadhirah Alia binti Radzilah (4 Perdagangan), Nur Izzah Afidah binti Mohd Sampri (4 Teknologi), Wan Mirza Hazim bin Wan Mohd Yusof (4 Perakaunan), dan Ahmad Khairul Ikhwan bin Tallha 'Rauh (2 Premier).

Kerusi tersebut dapat digunakan sebagai kerusi di taman, boleh diubah suai menjadi kerusi ilmu atau kerusi untuk bacaan, dan boleh dijadikan kerusi kesihatan.

Hadiah disampaikan oleh Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Tuan Haji Mohd Zubir bin Embong.

Sabtu, 25 Julai 2015

WARGA SMKSO SAMBUT HARI RAYA

25 JULAI 2015 (SABTU ) -  Warga SMK Suttan Omar memenuhi hari persekolahan ganti hari ini dengan mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah.


Sambutan Aidilfitri dikendalikan oleh Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah dengan penyediaan menu berdasarkan tingkatan, mulai Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6. Setiap tingkatan ditugaskan menyediakan dua menu utama, di samping kuih-muih lain mengikut budi bicara masing-masing. 

Guru, pelajar, dan kakitangan sekolah dan kakitangan swasta yang berpakaian hari raya bebas mengambil makanan di mana-mana stesen.

Kemeriahan majlis terlihat jelas dengan kebanyakan pelajar bukan Melayu, lelaki dan perempuan, turut menyemarakkan majlis tersebut, malahan beberapa orang pelajar bukan Melayu juga turut memakai baju kurung dan baju Melayu.

Selasa, 14 Julai 2015

MAJLIS KHATAM QURAN, PENYAMPAIAN HADIAH DAN SUMBANGAN HARI RAYA

13 JULAI 2015 (Isnin) - Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Surau Al-Ikhlas, SMK Sultan Omar mengadakan Majlis Khatam al-Quran di Surau Al-Ikhlas.


Khamis, 9 Julai 2015

MAJLIS BERBUKA PUASA KELAB GURU DAN KAKITANGAN

8 JULAI 2015 (Rabu) - KELAB Guru dan Kakitangan SMKSO mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Balai Selera Tom Yam, Jalan Balai Besar, Dungun pada petang ini.


Majlis tersebut turut disertai oleh ahli keluarga guru dan kakitangan SMK Sultan Omar serta wakil daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

Guru dan keluarga tiba pada pukul 6:45 petang. Bacaan doa berbuka puasa diketuai oleh Tuan Haji Ghazali bin Abdullah. Majlis bersurai pada pukul 8:00 malam.

Ahad, 14 Jun 2015

PEMAIN SMKSO MEMBANTU TERENGGANU MENJADI NAIB JOHAN SOFBOL MSSM

Cerita dan gambar: Encik Fazri bin Mohd


14 JUN 2015 (Ahad) - DUA orang pelajar SMK Sultan Omar yang mewakili pasukan sofbol negeri Terengganu membantu pasukannya menjadi naib johan kebangsaan dalam Kejohanan Sofbol Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Seremban semasa cuti lalu.


Dua orang pemain sofbol itu, Nur Ummy Liyana binti Mohamad @ Kamal dan Siti Nur Ain, berentap dalam perlawanan akhir dengan pasukan dari Selangor dalam Kategori Perempuan Bawah 15 Tahun.

Kedua-duanya menerima sijil dan pingat dalam majlis penyampaian semula yang disempurnakan oleh Pengetua, Encik Wan Su bin Wan Jaffar semasa Perhimpunan Mingguan pada pagi ini.


ISNARULLAH CEMERLANG DI PUSAT KOKURIKULUM KUALA SELANGOR

Cerita dan gambar: Encik Fazri bin Mohd

14 JUN 2015 (Ahad) - Menjelang cuti pertengahan tahun, pelajar SMK Sultan Omar, Isnarullah bin Ismail, mengharumkan nama negeri Terengganu dan sekolah apabila mencatatkan kejayaan yang membanggakan dalam Perkhemahan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Darat) Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Pusat Kokurikulum Kuala Selangor, Selangor pada 23 hingga 28 Mei 2015 lalu.


Dalam perkhemahan tersebut, Isnarullah yang mewakili PKBM (D) Negeri Terengganu meraih naib johan acara merentas halangan dan tempat ketiga kawad bersenjata, dan membolehkannya muncul naib johan keseluruhan.

Pingat-pingat kejayaannya itu disampaikan semula semasa Perhimpunan Mingguan pada hari ini oleh Pengetua, Encik Wan Su bin Wan Jaffar.







Rabu, 20 Mei 2015

JAMUAN MERAIKAN PERTUKARAN GURU

18 MEI 2015 (Isnin) - KELAB Guru dan Kakitangan SMK Sultan Omar mengadakan jamuan meraikan guru yang bertukar di sekolah-sekolah di daerah Dungun pada petang ini, sejurus selepas merayakan Hari Guru Peringkat Sekolah.


Isnin, 18 Mei 2015

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH KENDALIAN GABUNGAN PENGAWAS

18 MEI 2015 (Isnin) - Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Sultan Omar diadakan pada hari ini yang dikendalikan oleh gabungan pengawas SMK Sultan Omar, dengan diselia oleh Kelab Guru dan Kakitangan.


Gabungan Pengawas tersebut terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas SPBT, Pengawas Koperasi, dan Pembimbing Rakan Sebaya.

Dalam majlis tersebut, guru-guru diarak oleh ahli Kelab Pembimbing Rakan Sebaya, Pasukan Kadet Bersatu Malaysia dan paluan kompang dari hadapan Blok Pengurusan dan Pentadbiran ke Dataran Perhimpunan Sekolah. Di dataran tersebut, pelajar dan guru mendengar perutusan daripada Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Menteri Besar Terengganu, dan Menteri Pendidikan Malaysia yang dibacakan oleh barisan pengurusan. 

Pengetua SMK Sultan Omar, Encik Wan Su bin Wan Jaafar kemudiannya berucap, yang diikuti oleh ucapan wakil UMNO Bahagian Dungun, Encik Zulkifli bin Harun, dan ucapan wakil pelajar, Saudara Izzat Ahmad Muhaimin bin Ibrahim. Guru-guru kemudiannya menyanyikan lagu "Guru Malaysia".

Selepas majlis tersebut, 10 kumpulan guru mengambil bahagian dalam sukaneka yang mempertandingkan 10 acara. Acara penyampaian hadiah kepada kumpulan yang berjaya diadakan di Dewan Warisan, yang turut dihiasi dengan persembahan deklamasi sajak dan nyanyian guru dan pelajar.

Majlis berakhir pada pukul 1:30 tengah hari.


Sabtu, 16 Mei 2015

TUAN RUMAH PELANCARAN GOTONG-ROYONG PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

16 MEI 2015 (Sabtu) - BERSEMPENA dengan sambutan Hari Guru 2015, SMK Sultan Omar diberikan tanggungjawab oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu untuk menjadi tempat Pelancaran Gotong-royong Perdana Peringkat Negeri Terengganu pagi ini.


Jumaat, 8 Mei 2015

PELAJAR PRA-U BAWAH SESI 2016 WARGA BAHARU SMKSO

5 MEI 2015 (Selasa) -  SMK Sultan Omar menerima warga baharu hari ini apabila 46 orang pelajar lepasan SPM 2014 mendaftar sebagai pelajar Pra-U Bawah bagi pengajian sesi 2016 di Dewan Warisan pagi ini.


Selasa, 5 Mei 2015

HARI KOPERASI SEKOLAH DENGAN PELBAGAI AKTIVITI

5 MEI 2015 (Selasa) - KOPERASI SMKSO menganjurkan Hari Koperasi Sekolah sepanjang hari ini dengan perasmiannya disempurnakan oleh Setiausaha Jabatan Perhubungan Angkasa Negeri Terengganu, Tuan Haji Mohamed bin Yusof di Dataran Perhimpunan.



Dalam majlis perasmian itu, diadakan Kuiz Koperasi dan penyampaian Anugerah Koperator Terbaik kepada dua orang pelajar. Turut dilangsungkan ialah penyerahan zakat perniagaan koperasi yang diikuti oleh nyanyian lagu "Semangat Koperasi".

Sambutan Hari Koperasi kali ini menggunaka tema "Koperasi Berprihatin terhadap Masyarakat"

Selepas acara perasmian, beberapa aktiviti dijalankan yang melibatkan pasukan beruniform, iaitu pertandingan kawad kaki, pertandingan roket air, sukaneka, gerai jualan, khidmat cuci kereta, pertandingan sketsa, pertandingan gubahan, pertandingan reka cipta, dan pertandingan melukis poster.

Selain itu, semasa acara penutupan, diadakan persembahan band sekolah, deklamasi sajak, dan persembahan syar, di samping cabutan bertuah. 

Ahad, 19 April 2015

PROGRAM AMALAM GURU PENYAYANG UNIT PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

19 APRIL 2015 (Ahad) - UNIT Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling SMK Sultan Omar mengadakan Program Amalan Guru Penyayang yang dihadiri oleh pelajar dan guru di Dataran Perhimpunan, pagi ini.


Khamis, 16 April 2015

35 ORANG PELAJAR CEMERLANG AKADEMIK 2014 MENERIMA ANUGERAH

16 APRIL 2015 (Khamis) - TIGA puluh lima orang pelajar cemerlang dalam peperiksaan PT3, SPM dan STPM 2014 menerima penghargaan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan DESSO 2014 di Dewan Warisan, hari ini.

Isnin, 6 April 2015

AKU JANJI PELAJAR PT3, SPM, DAN STPM

6 APRIL 2015 - Pengurusan Projek Kecemerlangan PT3, SPM, dan STPM bergabung tenaga mengadakan Majlis Aku Janji yang melibatkan pelajar Tingkatan 3, Tingkatan 5 dan Tingkatan Pra-U Atas di Dewan Warisan pagi ini.


Selasa, 24 Mac 2015

PELAJAR PRA-U TERIMA BB1M

24 MAC 2015 - PELAJAR Prauniversiti menerima Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) yang disampaikan oleh Pengetua, Encik Wan Su bin Wan Jaffar di Bilik Kuliah 1 pagi ini.



Khamis, 12 Mac 2015

KONTINJEN SMKSO NAIB JOHAN MSSD DUNGUN KE-46

12 MAC 2015 - SMK SULTAN OMAR muncul sebagai naib johan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Dungun (MSSD Dungun) kali ke-46 yang berlangsung dari 8 Mac lalu hingga lewat petang ini.


Gambar kiriman Puan Hartini (WhatsApp)

Selasa, 3 Mac 2015

DUA ORANG PELAJAR RAIH SEMUA A DALAM SPM 2014

3 MAC 2015 - KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 menyaksikan Lim Li Fang dan Aina Husna binti Mohd memperoleh A dalam dalam semua mata pelajaran yang diduduki.


Isnin, 2 Mac 2015

TENGKU NOFAZILA ANTARA 12 PELAJAR STPM 2014 TERENGGANU PEROLEH 4A

2 MAC 2015 - TENGKU NOFAZILA binti Tengku Saharudin, pelajar Pra-U Atas Terbilang 2014, muncul dalam kalangan 12 orang calon STPM 2014 terbaik dari seluruh negeri Terengganu dengan meraih A dalam semua mata pelajaran yang diduduki.



Ahad, 1 Mac 2015

PUSAT SUMBER MELANCARKAN PROGRAM NILAM

1 MAC 2015 - PUSAT Sumber Sekolah (PSS) melancarkan Program NILAM 2015 semasa Perhimpunan Mingguan di Medan Perhimpunan pagi ini. Pelancaran disempurnakan oleh Pengetua, Encik Wan Su bin Wan Jaffar, di hadapan pelajar dan guru.


Sabtu, 28 Februari 2015

TUAN HAJI MOKHTAR OMAR TERUS MENERAJUI PIBG

28 FEBRUARI 2015 - PERSATUAN Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sultan Omar mengadakan Mesyuarat Agung PIBG ke-38 di Dewan Warisan pagi ini.


Isnin, 9 Februari 2015

DUA ORANG GURU NAIK PANGKAT

9 FEBRUARI 2015 - DUA orang guru SMK Sultan Omar menerima surat kenaikan pangkat daripada Pegawai Pendidikan Daerah Dungun, Tuan Haji Bakar bin Jusoh di Pejabat Pendidikan Daerah Dungun hari ini.

Gambar ihsan Puan Che Hasidah

Selasa, 27 Januari 2015

SURAU AL-IKHLAS RAIH HADIAH KETIGA IMARAH SURAU SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN

27 JANUARI 2015 - SURAU Al-Ikhlas hari ini diisytiharkan sebagai pemenang hadiah ketiga Pertandingan Imarah Surau Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2014 anjuran Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan penilaian tentang pencapaian pengurusan surau berkenaan sepanjang tahun 2014.



Jumaat, 2 Januari 2015

Hal Lain


Pelajar membaiki siling bilik darjah dengan pengawasan oleh Cikgu Shee Soon Yee. Gambar oleh Cikgu Shee.
















Pelajar membersihkan tandas

Khamis, 1 Januari 2015

Profil


Kurikulum


UMUM

> Panitia Mata Pelajaran 2015
> Sasaran Kurikulum 2015


KEPUTUSAN PEPERIKSAAN


> PT3                                                                                 > 

2014 >> Analisis Umum dan Pencapaian Mata Pelajaran
         >> Senarai Pelajar Terbaik



> PMR                                                                               <>

2013 >> Analisis Mata Pelajaran
         >> Senarai Pelajar Terbaik

         >> Perbandingan dengan 2011 dan 2012




> SPM                                                                               

2014 >> Analisis Mata Pelajaran
         >> Analisis Pencapaian Keseluruhan
         >> Senarai Pelajar Terbaik
          >> Perbandingan dengan 2012 dan 2013 

2013 >> Analisis Mata Pelajaran
         >> Analisis Pencapaian Keseluruhan
         >> Senarai Pelajar Terbaik
         >> Perbandingan dengan 2012 dan 2011



> STPM                                                                            

2015 >> Penggal 1
         >> Penggal 2
         >> Penggal 3


2014 >> Penggal 1  - Belum dimasukkan
         >> Penggal 2  - Belum dimasukkan
         >> Penggal 3  
         >>> Keseluruhan  - Belum dimasukkan
         >>> Keseluruhan - Berdasarkan Pencapaian Calon  [Tidak termasuk keputusan                       Ulangan Penggal 3]


2013 >> Penggal 1  - Belum dimasukkan
         >> Penggal 2  - Belum dimasukkan
         >> Penggal 3  - Belum dimasukkan
         >>> Keseluruhan [Tidak termasuk keputusan Ulangan Penggal 3]

















SARI PERISTIWA

PERISTIWA SEKOLAH

2018

> 1 Januari 2018 (Isnin) - Persekolahan Sesi 2018 bermula
                                         - Minggu Adab

> 28 Disember 2017 (Khamis ) - Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1, 2, 3, dan 5

> 27 Disember 2017 (Rabu) - Mesyuarat Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid
> 26 Disember 2017 (Selasa) - Mesyuarat Guru 1/2018


JANUARI 2016

> 18 Januari 2016 (Isnin) - Kunjungan PPD Dungun, Tuan Haji Bakar bin Jusoh
> 14 Januari 2016 (Khamis) - Kejohanan Merentas Desa Sekolah
> 13 Januari 2016 (Rabu) - Mesyuarat Agung Kelab Permainan
> 12 Januari 2016 (Selasa) - Mesyuarat Agung Kelab dan Persatuan Koakademik; Latihan          Merentas Desa
> 11 Januari 2016 (Isnin) - Mesyuarat Agung Unit Beruniform
> 10 Januari 2016 (Ahad) - Minggu Suai Kenal Tingkatan 4 (hingga 11 Januari); Mesyuarat           Agung Rumah Sukan; Latihan Merentas Desa
> 5 Januari 2016 (Selasa) - Minggu Suai Kenal Tingkatan 1 (hingga 6 Januari) 
> 3 Januari 2016 (Ahad) - Persekolahan sesi 2016 bermula; Minggu Adab (3-4 Januari                 2016)
> 2 Januari 2016 (Sabtu) - Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1




SARI PERISTIWA 2015

SEPTEMBER


3 September 2015 (Khamis) - Derma Darah [Dewan Warisan, SMKSO] - dikendalikan oleh Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu

OGOS

30 Ogos 2015 (Ahad) - Basikalton Remaja [SMKSO-Kuala Dungun-Tanjung Gadung-Kampung Alur Tempoyak-SMKSO]

30 Ogos 2015 (Ahad) - Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan 2015 [Medan Perhimpunan, SMKSO] - disempurnakan oleh Pengetua SMKSO, Encik Wan Su bin Wan Jaffar 


2 Ogos 2015 (Ahad) [Medan Perhimpunan, SMKSO] - Lawatan pegawai PDRM Dungun 

JULAI


28 - 30 Julai 2015 (Selasa - Khamis) [Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu] - Pasukan SEM DESSO menyertai Pesta SEM 2015 - meraih pingat perak.
25 Julai 2015 (Sabtu) [Dataran PPKI] - Sambutan Hari Raya Aidillfitri Peringkat Sekolah
7 Julai 2015 (Selasa) [Bilik Tingkatan 1 hingga 5] - Majlis Temu Mesra Guru-Ibu Bapa - Penyerahan slip Peperiksaan Pertengahan Tahun kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. 

JUN

25 Jun 2015 (Khamis) [Bilik Mesyuarat] - Santapan Kalbu Guru - Ceramah tentang Ramadan yang disampaikan oleh pensyarah dari UiTM Dungun

17 Jun 2015 (Rabu) [Surau Al-Ikhlas] - Ceramah Ihya Ramadan


MEI


16 Mei 2015 (Sabtu) [Dataran Perhimpunan, SMKSO] - Pelancaran Gotong-royong Perdana Peringkat Negeri Terengganu - Disempurnakan oleh Yang Berusaha, Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu.


5 Mei 2015 (Selasa) [Dewan Warisan, SMKSO] - Pendaftaran Pelajar 6 Bawah (Pelajar Penggal 1) Sesi 2016 - Dikendalikan oleh Persatuan Pra-U dan Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling SMKSO

5 Mei 2015 (Selasa) [Medan Perhimpunan, SMKSO] - Hari Koperasi Sekolah - Perasmian oleh Yang Berusaha, Tuan Haji Mohamed bin Yusof, Setiausaha Jabatan Perhubungan Angkasa Negeri Terengganu



APRIL

19, 20, 22, 23 April dan 4 Mei 2015 [Di sekolah-sekolah Tingkatan 6 di daerah Dungun] - Seminar STPM Penggal 2 Daerah Dungun - Dikendalikan oleh Guru Penolong Kanan Tingkatan 6 Daerah Dungun dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Dungun

19 April 2015 (Ahad) [Dataran Perhimpunan, SMKSO] - Program Amalan Guru Penyayang - Dirasmikan oleh Yang Berusaha, Encik Wan Su bin Wan Jaffar, Pengetua SMKSO

16 April 2015 (Khamis) [Dewan Warisan, SMKSO] - Majlis Anugerah Kecemerlangan DESSO 2014 - Disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Dato' Haji Din bin Adam, Pegawai Pembangunan Daerah Dungun 

15 April 2015 (Rabu) [Padang/Balapan SMKSO] - Kejohanan Olahraga PPKI Daerah Dungun - Memenangi johan keseluruhan daerah Dungun, dan mendapat Olahragawan dan  Olahragawati Terbaik Daerah Dungun [Gambar: Whatsapp - Encik Azran bin Ibrahim, PPKI SMKSO]

6 April 2015 (Isnin) [Dewan Warisan, SMKSO] - Majlis Aku Janji Pelajar PT3, SPM, dan STPM - Disempurnakan oleh Yang Berusaha, Encik Wan Su bin Wan Jaffar, Pengetua SMKSO 


MAC


24 Mac 2015 (Selasa) [Bilik Kuliah 1, SMKSO] - Penyerahan Baucar Buku 1 Malaysia kepada Pelajar Pra-U Atas - Disempurnakan oleh Yang Berusaha, Encik Wan Su bin Wan Jaffar, Pengetua SMKSO [Gambar: Whatsapp - Tuan Haji Md Rahim]


> 12 - 21 Mac 2015 - CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1


> 9 - 11 Mac 2015 (Isnin - Rabu) - Peperiksaan Ulangan STPM Penggal 3 (2014) 



8-12 Mac 2015 (Ahad - Khamis) [Padang/Trek SMKSO] - Kejohanan Olahraga MSSM Daerah Dungun 2015 [Gambar: Whatsapp - Puan Hartini]

8 Mac 2015 (Ahad) [Dataran Perhimpunan, SMKSO] - Penyerahan Sijil Penghargaan Pelajar Cemerlang STPM 2014 - Disampaikan oleh Yang Berusaha, Encik Ruslan bin Haji Ismail, Penolong Kanan Pentadbiran/Akademik SMKSO

> 5 Mac 2015 (Khamis) - Kem Ibadat


3 Mac 2015 (Selasa) [Dewan Warisan, SMKSO] - Pengumuman dan Penyerahan Slip Keputusan SPM 2014 - Disempurnakan oleh Yang Berusaha, Encik Wan Su bin Wan Jaffar, Pengetua SMKSO

2 Mac 2015 (Isnin) [Dewan Warisan, SMKSO] - Tuan rumah Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu Sekolah Menengah Daerah Dungun Peringkat Suku Akhir - menentang SM Imtiaz Kemaman, Durian Mas.

2 Mac 2015 (Isnin) [Bilik Guru Pra-U] - Pengumuman dan Penyerahan Slip Keputusan STPM 2014 - Catatan sejarah STPM SMKSO: Tengku Nofazila memperoleh 4A (4.00)

1 Mac 2015 (Ahad) [Dataran Perhimpunan, SMKSO] - Majlis Pelancaran Program NILAM 2015 - Disempurnakan oleh Yang Berusaha, Encik Wan Su bin Wan Jaffar, Pengetua SMKSO




FEBRUARI
28 Februari 2015 (Sabtu) - Mesyuarat Agung PIBG ke-38
> 15 - 17 Februari 2015 (Ahad - Selasa) - Sukantara
> 15 Februari 2015 (Ahad) - Perhimpunan Mingguan - Majlis Perpisahan Puan Che                       Hashidah dan Ustazah Norhayati
> 2 Februari 2015 (Isnin) - Bengkel Aspirasi Murid PPPM
> 1 Februari 2015 (Ahad) - Perhimpunan Mingguan


JANUARI
> 28 Januari 2015 (Rabu) - Penyerahan Watikah Pemimpin Pelajar
> 22 Januari 2015 (Khamis) - Kejohanan Merentas Desa
> 18 Januari 2015 (Ahad) - Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan; Penilaian Kedua       Surau Imarah Kebangsaan 2014
> 17 Januari 2015 (Sabtu) - Ladap I
> 13 - 15 (Selasa - Khamis) - Minggu Suai Kenal Tingkatan 1
> 11 - 12 Januari 2015 (Ahad - Isnin) - Minggu Adab
> 1 Januari 2015 (Khamis) - Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1