Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

Khamis, 30 September 2021

BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT PEMBUKAAN SEKOLAH

SMK Sultan Omar mengadakan majlis Bacaan Yasin, Tahlil Perdana dan Doa Selamat melalui talian pada malam ini bersempena dengan pembukaan sekolah pada 3 Oktober 2021 ini.

Majlis yang dipimpin oleh Ustaz Za'aimuddin bin Husain, Guru Pendidikan Islam itu disertai semua guru, dan sebahagian besar pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6. Dif kehormat yang menyertai majlis itu terdiri daripada Tuan Haji Kasman bin Embong, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Dungun yang turut memberikan ucapan, Encik Shamsul Bahari bin Shafie, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun Sektor Pengurusan Sekolah, dan Tuan Haji Mokhtar bin Omar, Yang Dipertua PIBG.

Pembukaan sekolah melibatkan kehadiran semua pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Semester 1 secara bergilir, serta semua pelajar Tingkatan 6 Semester 2 dan pelajar Pendidikan Khas Integrasi. Pelajar lain masih menjalani pembelajaran dalam talian di rumah masing-masing.


Rabu, 22 September 2021

PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA MENERIMA VAKSIN

PELAJAR Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 SMKSO menerima suntikan vaksin dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan SMK Seri Dungun bermula semalam dan berakhir pada hari ini..

Pelajar-pelajar tersebut mendapat suntikan dengan kebenaran daripada ibu bapa dan penjaga masing-masing.

Pemberian vaksin itu berlangsung dari pukul 8:00 pagi hingga 5:00 petang pada setiap hari, dengan 22 orang guru SMKSO bertugas di stesen 1 dan di stesen 2 mengikut waktu yang ditentukan, dan dipantau oleh semua Guru Kanan Mata Pelajaran.

Tuan Haji Che Rashid bin Sulong, Pengetua Cemerlang SMKSO, dan Puan Hajah Wan Nooriman binti Wan Jaafar turut hadir membuat tinjauan pada kedua-dua hari tersebut.


Khamis, 16 September 2021

MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA

MELALUI perantaraan Zoom, Majlis Penutupan Sambutan Hari Kebangsaan diadakan yang disertai oleh guru dan pelajar.


Penutupan rasmi disempurnakan oleh Encik Shamsul Bahari bin Shafie, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Sekolah. Dif jemputan lain yang turut hadir ialah Tuan Haji Mokhtar bin Omar, Yang Dipertua PIBG, dan Pegawai Perhubungan Polis Sekolah.

Majlis diserikan dengan persembahan deklamasi sajak dan nyanyian daripada pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6.

Dalam majlis itu juga diumumkan pemenang bagi pertandingan yang diadakan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan bagi kategori pelajar dan guru.

Rabu, 15 September 2021

SUMBANGAN KEWANGAN KEPADA PENGAWAL KESELAMATAN

EMPAT orang pengawal keselamatan yang bertugas di SMKSO menerima sumbangan kewangan daripada pengurusan SMKSO hari ini.

Sumbangan itu dihulurkan untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga masing-masing yang terkesan akibat daripada kuarantin selamat 14 hari kerana terbabit sebagai kontak rapat dengan individu yang positif Covid-19 baru-baru ini.




Mereka menerima sumbangan daripada Tuan Haji Che Rashid bin Sulong, Pengetua Cemerlang SMKSO di pejabat pengetua itu.

Ahad, 12 September 2021

MAJLIS KERAIAN PERTUKARAN GURU DAN KAKITANGAN DESSO

KELAB DESTAF mengadakan keraian pertukaran lima orang guru dan seorang kakitangan ke sekolah baharu pada suku tahun pertama tahun ini dalam Majlis Jasamu Dikenang Budimu Disanjung.

Guru yang diraikan ialah Cikgu Shee Soon Yee yang bertukar ke SMK Pulau Serai, Cikgu Siti Zuraidah binti Mat Napi yang bertukar ke SMK Jerangau, Cikgu Che Wan Aiha binti Ismail yang bertukar ke SMK Dato' Engku Bijaya Sura, Ustazah Nor Shamsinah binti Samsudin yang bertukar ke SMK Kompleks Padang Jambu, dan Cikgu Siti Zubaidah binti Fazai yang bertukar ke SMK Sultan Ahmad, Kuala Terengganu. Turut diraikan oleh Encik Azman bin Awang, bekas Juruteknik Makmal Komputer.






Kesemua mereka hadir ke Bilik Mesyuarat Gemilang dan menerima cenderamata kenang-kenangan daripada pelbagai unit. Sementara itu, guru lain mengikuti majlis tersebut melalui Google Meet dari kediaman masing-masing.

Majlis tersebut tertangguh disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semenjak tahun lalu, di samping penutupan sekolah untuk mengekang penularan virus Covid-19. Pertukaran kesemua guru tersebut berkuat kuasa pada bulan April 2021.

Dalam majlis itu juga, Cikgu Shee Soon Yee menyerahkan sumbangannya kepada pihak sekolah, yang diterima oleh Tuan Haji Che Rashid bin Sulong, Pengetua Cemerlang DESSO.