Sewajarnya...

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "KEBERSAMAAN MENUJU DESSO GEMILANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Selasa, 3 Mac 2015

DUA ORANG PELAJAR RAIH SEMUA A DALAM SPM 2014

3 MAC 2015 - KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 menyaksikan Lim Li Fang dan Aina Husna binti Mohd memperoleh A dalam dalam semua mata pelajaran yang diduduki.




Lim Li Fang yang mengambil sepuluh mata pelajaran mencatatkan 5A+, 2A dan 3A- manakala Aina Husna yang mengambil sembilan mata pelajaran memperoleh 4A+ dan 5A.

Keputusan mereka diumumkan sendiri oleh Pengetua, Encik Wan Su bin Wan Jaffar di hadapan pelajar dan ibu bapa yang hadir di Dewan Warisan pada pukul 11:00 pagi ini.

Selain itu, seorang calon memperoleh 9A dan IB+, dan lima orang calon lain mendapat 8A, dua orang mendapat 7A, dua orang 6A, dan lima orang lagi mencatatkan 5A. Kesemua pelajar cemerlang diiringi oleh ibu atau bapa masing-masing.

Seramai 86 orang (40.76%) calon lulus dalam semua mata pelajaran, dan 174 orang (82.46%) layak mendapat sijil, dengan gred purata sekolah 5.81.

Pencapaian dua orang mendapat semua A ini menyamai pencapaian pada tahun 2013.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan