Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

Khamis, 17 Februari 2022

BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT SPM DAN STPM DI MASJID TENGKU AMPUAN INTAN

PERSATUAN Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKSO, dengan kerjasama Projek Kecemerlangan SPM dan STPM, menganjurkan bacaan Surah Yasin dan solat hajat di Masjid Tengku Ampuan Intan, Dungun malam ini.


Sidang bacaan Yasin diadakan selepas sembahyang Maghrib, diikuti dengan solat hajat dilaksanakan selepas solat Isyak.

Dalam ucapannya, Tuan Haji Che Rashid bin Sulong, Pengetua Cemerlang SMKSO, mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ahli jawatankuasa Masjid Tengku Ampuan Intan, Dungun kerana bersetuju majlis itu diadakan di masjid tersebut.

Kedua-dua sidang itu disertai oleh sebahagian besar guru, pelajar, dan ibu bapa pelajar SPM dan STPM, serta jemaah lain di masjid berkenaan.

Peperiksaan SPM sesi 2021 akan berlangsung pada awal Mac ini, tetapi peperiksaan STPM Semester 1 dan Ulangan Semester 1 telah berakhir hari ini.

Isnin, 14 Februari 2022

MAJLIS RESTU ILMU STPM DAN STPM

PROJEK Kecemerlangan STPM dan SPM mengadakan Majlis Restu Ilmu secara berasingan pada hari ini.

Majlis Restu Ilmu STPM yang melibatkan pelajar STPM sesi 2021 dan sesi  2022 diadakan secara ringkas di Surau al-Ikhlas, selepas sidang bacaan Surah Yasin dan sembahyang hajat. Pelajar sesi 2021 akan menghadapi STPM Ulangan Semester 1, manakala pelajar sesi 2022 akan menghadapi STPM Semester 1. Kedua-dua sesi pelajar akan menghadapi peperiksaan secara serentak pada hari dan waktu yang sama mulai 15 Februari hingga 17 Februari. 

Majlis Restu Ilmu SPM diadakan di Dewan Warisan. Kumpulan pelajar SPM sesi 2021 ini akan menghadapi peperiksaan tersebut mulai 1 Mac ini.

Khamis, 3 Februari 2022

KEM TUISYEN GURU MUDA STPM

PROJEK Kecemerlangan STPM menganjurkan Kem Tuisyen Guru Muda selama dua hari di D'Pangkalan Resort, Rantau Abang, Dungun.


Tuisyen itu melibatkan semua mata pelajaran yang diambil oleh pelajar STPM SMKSO yang disertai oleh 25 orang pelajar yang dilantik sebagai "Guru Muda".

Tenaga pembimbing bagi kem ini ialah guru-guru berpengalaman bagi mata pelajaran berkenaan yang dijemput dari daerah lain.

Peserta kem ini akan menyampaikan ilmu dan pengalaman yang diperoleh daripada fasilitator berkenaan kepada rakan mereka di sekolah sepanjang seminggu pada minggu hadapan, sebagai persiapan untuk menghadapi peperiksaan STPM Semester 1 Sesi 2022 dan Ulangan Semester 1 Sesi 2021.