Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

Ahad, 30 Ogos 2015

PESERTA BASIKALTON HARI KEBANGSAAN DIRAIKAN OLEH KRT ALUR TEMPOYAK

30 OGOS 2015 (AHAD) -  Lebih kurang 200 orang pelajar SMK Sultan Omar mengambil bahagian dalam acara Basikalton Hari Kebangsaan yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SMKSO pagi ini.


Acara bermula dengan pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Perhimpunan yang disempurnakan oleh Encik Wan Su bin Wan Jaafar, Pengetua SMKSO.

Pergerakan peserta basikalton bermula di hadapan pintu masuk utama DESSO menuju ke Kuala Dungun. Selepas singgah di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Dungun, perarakan berbasikal itu melalui Jalan Pantai Teluk Lipat dan berehat di Tanjung Gadung. Dengan diawasi oleh pegawai polis trafik dari Balai Polis Daerah Dungun, peserta meneruskan perjalanan melalui Jalan Lapangan Terbang ke Pondok Kawasan Rukun Tetengga (KRT), Kampung Alor Tempoyak, Dungun.

Di KRT Alur Tempoyak, peserta dan guru pengiring basikalton disambut dan diraikan dalam majlis makan tengah hari oleh ahli jawatankuasa Surau Nur Hidayah, KRT Alor Tempoyak, dan Jabatan Perpaduan Daerah Dungun.

Basikalton ditamatkan di Dataran Perhimpunan dengan penyerahan kembali Jalur Gemilang yang digunakan.

Sabtu, 29 Ogos 2015

PPKI SMKSO DAPAT KEPERCAYAAN JPN TERENGGANU SERTAI PAMERAN KERJA PENDIDIKAN KHAS NEGERI

29 OGOS 2015 (SABTU) - Pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMKSO menyertai Pameran Hasil Kerja Murid Pendidikan Khas di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu, Marang, pada hari ini.


Program tersebut bersempena dengan Program Sarana Ibu Bapa Linus Pendidikan Khas Peringkat Negeri Terengganu.

Hasil kerja PPKI yang dipamerkan dari pukul 8:30 pagi hingga 4:30 petang terdiri daripada pelbagai saiz bantal kekabu, yang biasa dipasarkan sebelum ini, selain beberapa produk baharu seperti rantai kunci kekabu, kek cawan span, dan kelarai khat. 

Menurut Encik Azran bin Ismail, Penyelaras PPKI SMKSO, PPKI sekolah ini menjadi satu-satunya PPKI sekolah menengah di negeri Terengganu yang menunjukkan kecemerlangan semenjak sekian lama. Oleh itu, menurut Encik Azran lagi, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu memberi mandat kepada PPKI SMKSO menyertai pameran ini.

Kesemua penghasilan tersebut dihasilkan dengan bimbingan daripada guru-guru PPKI, Puan Che Wan Aiha binti Ismail, Puan Nik Nurul Nasuha binti Idris, Puan Noraini binti Abdullah, dan Cik Siti Zuraidah, dan diketuai oleh Encik Azran bin Ibrahim, Penyelaras PPKI SMKSO.

Pelajar PPKI yang terlibat dalam pameran hasil kerja ini ialah Muhammad Saifuddin bin Mohd Azmi, Zaharah binti Othman, Muhammad Iqbal Shariq bin Mohd Jaafar, Mohammad Aiman bin Mohammad Asri, dan Ahmad Thohir bin Rusli.

Majlis penutupan program disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin.

Foto: Azran bin Ibrahim (Penyelaras PPKI SMKSO)


Ahad, 16 Ogos 2015

JAMUAN KESYUKURAN APC

16 OGOS 2015 (AHAD) - Guru dan kakitangan SMK Sultan Omar yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2014 mengadakan jamuan kesyukuran di depan Pejabat Pengurusan dan Pentadbiran pagi ini.


Mereka ialah Encik Wan Mohd Yusof bin Wan Mohamad (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid), Encik Ramlan bin Jusoh (Ketua Panitia Kemahiran Hidup), Encik Nor Mohd Iqzarullah bin Abu Bakar (Ketua Panitia Bahasa Inggeris), Puan Siti Kamariah binti Mad Yunus, Puan Sharifah Alia Sufla binti Sd Agil, Puan Wan Nor Mahzira binti Wan Mustaffa (Guru Data), Cik Siti Zuraidah binti Mat Napi (Guru Pendidikan Khas Integrasi), Puan Noorashila binti Mohd Saupi (Guru Perpustakaan dan Media), dan Puan Wan Ruzaini binti Wan Harun (Pembantu Am Pejabat).

Semua guru, kakitangan bukan akademik, dan pekerja swasta menghadiri jamuan  tersebut. 

Ahad, 2 Ogos 2015

PEGAWAI POLIS MELAWAT SMKSO - SEKOLAH ANGKAT PDRM DUNGUN

2 OGOS 2015 (AHAD) - PEGAWAI polis dari Balai Polis Daerah Dungun berkunjung ke SMK Sultan Omar pagi ini bersempena dengan pemilihan sekolah ini sebagai sekolah angkat PDRM.

Pelancaran Sekolah Angkat PDRM telah dilaksanakan pada bulan April lalu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, dan SMK Sultan Omar antara dua buah sekolah di Dungun yang terpilih.



Dalam ucapannya ketika Perhimpunan Mingguan Khas, Ketua Polis Daerah Dungun, Supt. Ahmad Zailani bin Yaacob berharap pelajar sekolah ini tidak terlibat dengan aktiviti yang menyalahi peraturan, seperti berlumba atau merempit, mengambil atau mengedar dadah, bergaduh, mencuri, meragut, dan sebagainya. Beliau memberikan amaran bahawa beliau dan anak-anak buahnya tidak akan teragak-agak untuk menangkap pelajar yang terlibat dengan kegiatan-kegiatan tersebut.

Turut hadir ialah Pegawai Perhubungan Polis Sekolah, Sarjan Mejar Detektif Mohamad bin Abdullah, dan ASP Efendi bin Mohamad.

Sebelum itu, Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ruslan bin Haji Ismail, menyampaikan ucapan alu-aluan.