Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

Rabu, 29 Jun 2022

MESYUARAT AGUNG PIBG KE-45: TUAN HAJI MOKHTAR DIPILIH SEMULA

TUAN Haji Mokhtar bin Omar, Yang Dipertua PIBG SMKSO sesi 2021/2022 dipilih semula ke jawatan itu bagi sesi 2022/2024 dalam Mesyuarat Agung PIBG ke-45 petang ini. 

Beliau yang dicalonkan semula mendapat sokongan sebulat suara daripada ibu bapa yang hadir. Beliau diberikan kepercayaan mengetuai PIBG SMKSO semenjak 2013.

Mesyuarat juga sebulat suara mengekalkan Encik Chong Yep Kin sebagai Naib Yang Dipertua PIBG. Beberapa orang Ahli Jawatankuasa sesi sebelumnya juga dikekalkan.

Mesyuarat agung ini disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berhormat Tuan Haji Wan Hapandi bin Wan Nik, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sura.

Sebelum bermesyuarat, ibu bapa yang hadir menyaksikan penyampaian hadiah kecemerlangan kepada calon SPM 2021. Tiga orang calon yang mendapat semua A dalam semua mata pelajaran yang diduduki menerima sijil kecemerlangan dan wang tunai RM1,000.00 setiap orang, sementara yang memperoleh 9A sehingga sekurang-kurangnya 5A menerima sijil kecemerlangan.


Mesyuarat diserikan dengan penyampaian 60 hamper cabutan bertuah yang dikhususkan kepada ibu bapa dan penjaga yang hadir.

GOTONG-ROYONG MEMBASMI DEMAM DENGGI

GURU dan pelajar SMKSO mengadakan Gotong-royong Membasmi Demam Denggi hari ini di seluruh kawasan sekolah.


Dalam gotong-royong itu, semua pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6, pelajar Pendidikan Khas Integrasi dan guru dibahagikan berdasarkan Unit Sukan dan Permainan. Pembahagian sedemikian dibuat kerana masa pelaksanaan gotong-royong itu dilakukan semasa aktiviti 1 Murid 1 Sukan  (1M1S). 

Pelajar diberikan taklimat di Medan Perhimpunan Mingguan, sebelum gotong-royong bermula pada pukul 7:40 pagi dan berakhir pada pukul 9:00 pagi.  

Khamis, 23 Jun 2022

KOLABORATIF TINGKATAN 6 DENGAN MPP UiTM KAMPUS DUNGUN

PELAJAR Tingkatatn 6 sesi 2021 dan 2022 menyertai Program "Selangkah ke IPTA - From 0 to Hero" selama tiga hari bermula petang ini hingga tengah hari 25 Jun 2022. 

Program tersebut merupakan kolaboratif antara Persatuan Prauniversiti dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Terengganu Kampus Dungun.

Kolaboratif tersebut digerakkan oleh Jawatankuasa Projek Kecemerlangan STPM, Penyelaras Tingkatan 6. dan Penyelaras Batch Al-Fateh (Sesi 2021) dan Batch Al-Ghazali (Sesi 2022). Kolaboratif ini dipimpin oleh Saudara Haziq Aidil bin Jasri, pelajar Tingkatan 6 Atas Gemilang (Batch Al-Fateh) sebagai Pengarah Projek.

Selain anggota MPP UiTM Kampus Dungun sebagai fasilitator sesi bengkel, program mendapat kerjasama daripada Saudara Mohd Fakhrul Hakimi bin Haji Mokhtar, bekas pelajar Tingkatan 6 SMKSO yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia, dengan bantuan daripada beberapa orang kenalannya.


Program dirasmikan pembukaannya di Dewan Cemara, UiTM Kampus Dungun pada malam ini oleh Tuan Haji Mohd Fadzillah bin Mohd Ibrahim, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun Sektor Pembelajaran, yang mewakili Tuan Haji Kasman bin Embong, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Dungun.

Program yang akan berlangsung sehingga tengah hari Sabtu ini juga mendapat sentuhan daripada dua orang penceramah jemputan. Encik Mohamad Ridzuan bin Mihat, dari SMK Batu 5, Gurun, Kedah, dengan ceramah "Mengenal Diri" dan "Tanggungjawab Pelajar", dan Haji Wan Razak bin Wan Ahmad, mantan Kaunselor Sekolah Menengah Sains Dungun, dengan ceramah "Kemahiran Pengurusan Masa" dan "Teknik Belajar Berkesan".

Majlis penutupan rasmi dijangka akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Haji Wan Hapandi bin Wan Nik, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura di Dewan Cemara.

Khamis, 16 Jun 2022

SPM 2021 - SMKSO SEKOLAH HARIAN TERBAIK DAERAH DUNGUN

SMKSO muncul sebagai sekolah harian terbaik daerah Dungun dalam peperiksaan SPM sesi 2021 yang diumumkan pada hari ini, dengan pencapaian 4.91 gred purata sekolah (GPS) dan 87.29% lulus.

Dalam peperiksaan itu, tiga orang pelajar memperoleh 10A dengan pencapaian semua A dalam semua mata pelajaran yang diduduki. Hew Jia Jing muncul sebagai pelajar terbaik SMKSO dengan pencapaian 9A+ dan 1A, sementara Yeow Jun Yu mendapat 8A+ dan 2A, dan Chong Zhi Hao mendapat 7A+ dan 3A.



Ketiga-tiganya menerima slip keputusan masing-masing daripada Tuan Haji Che Rashid bin Sulong, Pengetua Cemerlang SMKSO, di Dewan Warisan, dengan disertai ibu bapa masing-masing-masing.

Seramai 141 orang calon menduduki SPM 2021 yang diadakan pada bulan Februari dan Mac tahun ini.