Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

Galeri - "Nilakandi Jauhari"



PENGENALAN
Hasrat untuk mewujudkan galeri untuk mengumpulkan bahan-bahan yang berharga yang terdapat di sekolah ini sudah lama berputik, tetapi disebabkan kekangan tertentu, hasrat itu tidak terlaksana. Agenda awalnya timbul kerana barang-barang itu terletak di sana dan di sini. Oleh itu, wajar sekali semuanya dikumpulkan di satu tempat.

Pada tahun 2016, hasrat untuk mewujudkan galeri itu semakin kuat, lebih-lebih lagi dengan kehendak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu yang meminta setiap sekolah mengadakan galeri masing-masing. Kehadiran Puan Hajah Noor Maziah binti A. Rahman pada tahun 2016 dapat merealisasikan kewujudannya. Pada tahun 2017, galeri itu diputuskan diwujudkan di blok kilat berhadapan dengan Pejabat Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah, iaitu bekas Bilik Guru Kanan Mata Pelajaran.



NAMA GALERI
Sukar juga untuk menamakan galeri ini. Akhirnya, dipersetujui namanya ialah GALERI NILAKANDI JAUHARI. Dua perkataan yang digunakan untuk nama galeri ini, nilakandi dan jauhari, diambil daripada bahasa klasik. Nama ini diilhamkan oleh Encik Ahmad Burham bin Ibrahim @ Awang.

Nilakandi yang bermaksud “permata nilam” dikiaskan kepada khazanah atau barangan yang bernilai tinggi yang terdapat di DESSO, antaranya terdiri daripada piala, cenderamata, sijil, dan pelbagai objek dan dokumen dalam berbagai-bagai bidang. Maksud lain nilakandi, “warna biru langit” pula dikaitkan dengan warna tema sekolah ini.

Jauhari yang bermaksud “tukang permata” dan “cerdik pandai atau ahli” merupakan ialah bahawa pelajar, guru, dan kakitangan yang menjadi warga DESSO merupakan kalangan yang bijak, berwibawa, berkebolehan tinggi, dan menjadi pakar dalam sesuatu bidang sehingga mampu untuk memperoleh, mencipta, mengumpul, dan memiliki khazanah yang amat berharga itu. 



Galeri ini dirasmikan oleh Puan Hajah Noor Maziah binti A. Rahman pada pagi 11 Julai 2018 (Rabu), sehari sebelum beliau meninggalkan DESSO untuk berkhidmat sebagai Pengetua Sekolah Menengah Sains Dungun.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan