Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

Isnin, 2 Mac 2015

TENGKU NOFAZILA ANTARA 12 PELAJAR STPM 2014 TERENGGANU PEROLEH 4A

2 MAC 2015 - TENGKU NOFAZILA binti Tengku Saharudin, pelajar Pra-U Atas Terbilang 2014, muncul dalam kalangan 12 orang calon STPM 2014 terbaik dari seluruh negeri Terengganu dengan meraih A dalam semua mata pelajaran yang diduduki.




Tengku Nofazila menjadi kebanggaan rakan, semua guru dan barisan pengurusan SMK Sultan Omar apabila muncul sebagai calon pertama sekolah ini yang memperoleh PNGK 4.0 semenjak beberapa tahun ini, malahan pada sesi ini menjadi calon tunggal dari daerah Dungun yang memperoleh keputusan terbilang itu.

Keputusan A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah, dan Ekonomi itu diterimanya daripada YAB Dato' Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, Menteri Besar Terengganu dalam satu majlis khas di Sekolah Menengah Agama Atas Zainal Abidin, Kuala Terengganu tengah hari tadi, selain menerima sebuah laptop dan sebuah beg sebagai penghargaan daripada Kerajaan Negeri Terengganu.

Mengiringinya ke majlis tersebut ialah Penolong Kanan Tingkatan 6, Encik Mazlan bin Mohd, dan Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa, Tuan Haji Md Rahim bin Yahaya.

Dalam peperiksaan Penggal 3 (2014) lalu, Tengku Nofazila memperoleh 3A dan 1A- yang melayakkannya menjadi pelajar terbaik peperiksaan tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan