Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

Rabu, 27 April 2022

RAMAH MESRA PPD DUNGUN DENGAN PELAJAR SEMESTER 3 STPM 2021

ROMBONGAN pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Dungun mengadakan ramah mesra dengan pelajar STPM Semester 3 SMKSO hari ini.

Pelajar Semester 3 ini, seramai 43 orang, akan menghadapi STPM Semester 3 pada 24 hingga 26 Mei 2022 ini, dan sebahagiannya akan menduduki STPM Ulangan Semester 2 pada 14 hingga 16 Jun 2022.



Rombongan PPD Dungun terdiri daripada Tuan Haji Kasman bin Embong, Ketua Pejabat Pendidikan Daerah Dungun, Tuan Haji Mohd Fadhilah bin Ibrahim, Timbalan PPD Sektor Pembelajaran, Encik Mohamad bin Ibrahim, Pegawai SISC+ yang bertanggungjawab tentang peperiksaan STPM Daerah Dungun.

Isnin, 25 April 2022

KHATAM AL-QURAN, TAHLIL PERDANA, DAN INFAK RAMADAN

SMKSO mengadakan Majlis Khatam al-Quran, Tahlil Perdana, dan Infak Ramadan di Surau al-Ikhlas pagi ini, bersempena dengan minggu terakhir bulan Ramadan tahun ini.

Majlis yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan Makdis itu diisi dengan agenda khatam al-Quran dan tahlil yang diketuai oleh Ustaz Za'aimuddin bin Husain, guru Pendidikan Islam dan Ketua Panitia Tasawwur Islam.








Selain itu, majlis juga diisi dengan penyampaian zakat dan sumbangan hari raya kepada pelajar miskin dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6. Sumbangan zakat diterima daripada guru-guru, kakitangan SMKSO dan badan bukan kerajaan.

Majlis juga menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Ihya Ramadan dan seterusnya menutup majlis tersebut.



Ahad, 24 April 2022

NURINA MAIDIN PELAJAR HARAPAN STPM DAERAH DUNGUN KOHORT 2021

NURINA binti Maidin, pelajar 6 Atas Terbilang 2021, antara pelajar cemerlang STPM Kohort 2021 yang menjadi harapan bagi daerah Dungun untuk memperoleh 4.0.

Pelajar tunggal dari SMKSO ini memperoleh purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.58 masing-masing dalam STPM Semester 1 dan STPM Semester 2, dan 3.92 dalam Percubaan STPM Semester 3 baru-baru ini.


Sejumlah 16 orang pelajar diunjurkan memperoleh 4.0 dalam STPM 2021 diberikan penghargaan dalam Program Road to 4.0 Pejabat Pendidikan Daerah Dungun.

Dalam Peperiksaan Percubaan Semester 3 lalu, pelajar ini menduduki tempat pertama di peringkat daerah Dungun dan tempat ketiga di peringkat negeri Terengganu.

Sijil penghargaan disampaikan kepadanya oleh mentornya, Encik Rosdi bin Hussin, Penolong PPD Sektor Pengurusan Sekolah dan Tingkatan 6.

Ahad, 17 April 2022

TUJUH PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2021

ENAM orang guru dan seorang ahli kumpulan pelaksana (AKP) SMKSO terpilih untuk menerima Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Sesi 2021/2022 pada petang ini.

Guru yang terlibat ialah Cikgu Mohd Norhelmi bin Mohd Aris, Cikgu Nordiana binti Abdul Manap, Cikgu Noharozie binti Mamat, Cikgu Arfa Athirah binti Nua'man, Cikgu Rusliza binti Abu Hassan, dan Ustazah Suraya binti Mohd Noor, manakala AKP ialah Cik Khamisah binti Mohamad.








Sijil disampaikan oleh Tuan Haji Che Rashid bin Sulong, Pengetua Cemerlang SMKSO, sebelum majlis Taklimat Pelaksanaan Ladap 1 Sesi 2022/2023. 

Selasa, 5 April 2022

PEMANTAUAN PENGOPERASIAN SEKOLAH PENGGAL PERTAMA JADUAL AKADEMIK 2022/2023

HARI kedua sesi pembelajaran bersemuka penggal pertama jadual akademik 2022/2023, SMKSO dikunjungi oleh pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu untuk memantau pengoperasian sekolah ini.


Pemantauan diketuai oleh Encik Ahmad Puad bin Abd Aziz, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pembelajaran.

Pegawai-pegawai tersebut mengadakan taklimat dan perbincangan dan barisan pengurusan sekolah di Bilik Mesyuarat Gemilang.

Isnin, 4 April 2022

PPD, PDRM DAN PIBG PANTAU HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN BERSEMUKA

HARI pertama persekolahan secara bersemuka bermula hari ini dengan pemantauan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Dungun (PPD), Pegawai Perhubungan Sekolah Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun, dan ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKSO.

Pegawai dari kesemua entiti tersebut berada di pintu masuk utama SMKSO memantau kehadiran pelajar dan kemudiannya melawat beberapa buah kelas.




Yang hadir ialah Encik Shamsul Bahari bin Shafie, Pegawai Perhubungan Sekolah dari PPD Dungun, yang merupakan Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah, Tuan Inspektor Mohd Zuraiemee bin Shamsudin dan Sub-Inspektor Mohd bin Abdullah, manakala PIBG diwakili oleh Timbalan Yang Dipertua dan seorang AJK lain.