Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

Ahad, 18 Oktober 2015

PROGRAM MINGGU AYUH SEJAHTERA UNTUK CEGAH SALAH GUNA DADAH

18 OKTOBER 2015 (AHAD) - Unit Perkhdimatan Bimbingan dan Kaunseling SMK Sultan Omar melancarkan Program Minggu Ayuh Sejahtera semasa Perhimpunan Mingguan hari ini.


Program ini merupakan program Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu yang mendapat kerjasama daripada Kerajaan Negeri Terengganu yang bertujuan untuk menjauhkan pelajar daripada najis dadah.

Semasa pelancaran majlis itu, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Wan Mohd Yusof bin Wan Mohamad membacakan perutusan daripada Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, manakala Pengetua, Encik Wan Su bin Wan Jaffar membacakan perutusan daripada Menteri Besar Terengganu.

Minggu Ayuh Sejahtera bermula pada hari Khamis lepas dengan menggantung pemidang program itu di pintu masuk sekolah. Program lain ialah Senamrobik, Saya Sejahtera dalam Pembelajaran dan Pengajaran dengan aktiviti menulis esei, melukis poster dan menulis puisi masing-masing dilaksanakan oleh Panitia Bahasa Melayu, Panitia Pendidikan Seni Visual, dan Panitia Sivik dan Kewarganegaraan, Pesan Bestari, Bacaan Doa Pagi, dan Tazkiatun Nafs. 

Tema program ini ialah "Saya Sejahtera: Memperkasakan Transformasi Pendidikan", akan berlangsung hingga 22 Oktober 2015 (Khamis) ini.


Khamis, 8 Oktober 2015

RESTU ILMU PT3 DI DEWAN WARISAN

8 OKTOBER 2015 (Khamis) - Jawatankuasa Projek Kecemerlangan PT3 menganjurkan Majlis Restu Ilmu PT3 di Dewan Warisan hari ini.


Program disempurnakan oleh Pengetua SMKSO, Encik Wan Su bin Wan Jaffar.

Pelajar Tingkatan 3 akan menghadapi peperiksaan bertulis PT3 pada 12, 13 dan 15 Oktober ini. 

Pada majlis itu, jawatankuasa projek menghadiahkan cenderamata kepada setiap orang calon yang diterima oleh ketua tingkatan masing-masing daripada Encik Wan Su. Majlis ditutup dengan pelajar bersalam dengan Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, dan guru-guru PT3.


Rabu, 7 Oktober 2015

SOLAT HAJAT PERDANA 2015

7 OKTOBER 2015 (RABU) - Jawatankuasa Projek Kecemerlangan PT3, SPM, dan STPM, dengan kerjasama Pengurusan Sekolah dan Surau Al-Ikhlas SMKSO, mengadakan Solat Hajat Perdana pada malam ini di Surau Al-Ikhlas.


Program bermula dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti dengan solat hajat, bacaan Surah Yassin, dan solat Isyak berjemaah, yang dipimpin oleh Tuan Haji Ghazali bin Abdullah.

Program disertai oleh ibu bapa dan penjaga dan pelajar-pelajar yang Tingkatan 3, Tingkatan 5, dan Tingkatan 6. Peperiksaan PT3 akan berlangsung pada pertengahan bulan ini, manakala peperiksaan SPM dan STPM Penggal 3 akan berlangsung pada 2 November 2015, dan peperiksaan STPM Penggal 1 akan bermula seminggu selepas itu.

Dalam ucapannya, Pengetua SMKSO, Encik Wan Su bin Wan Jaffar berharap ibu bapa dapat memberikan perhatian kepada anak masing-masing, sebagai nilai tambah kepada usaha yang telah dijalankan oleh guru, agar anak-anak mampu mencapai kejayaan yang baik.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Tuan Haji Mokhtar bin Omar.

Khamis, 1 Oktober 2015

HARI TERBUKA PUSAT SUMBER SEKOLAH

29 - 30 SEPTEMBER 2015 (SELASA - RABU) - Pusat Sumber Sekolah (PSS) menganjurkan Hari Terbuka PSS di Perpustakaan selama dua hari, yang terbuka untuk dikunjungi oleh semua pelajar mengikut kelas.



Sepuluh aktiviti yang berasaskan pembinaan ilmu dan penajaman fikiran dianjurkan yang boleh disertai oleh pelajar semasa mengunjungi program tersebut. Aktiviti-aktivitinya ialah Kuiz Teka Silang Kata, Melukis Poster, Mewarna Bendera, Meneka Peribahasa, Origami, IQ Puzzle, Pertandingan Buku Skrap, Pertandingan Congkak, Meneka Bilangan Muka Surat Buku, dan Explorace.

Program disempurnakan pelancarannya oleh Pengetua, Encik Wan Su bin Wan Jaffar.