Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

Selasa, 24 Mei 2022

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMKSO 2022 - RUMAH SINGA MENGEKALKAN KEJUARAAN

RUMAH sukan yang berlambangkan warna merah, Rumah Singa, masih perkasa sebagai kuasa Kejohanan Merentas Desa SMKSO apabila mengekalkan kedudukan sebagai juara buat kali ketiga berturut-turut.

Dalam kejohanan tahun ini, Rumah Singa mengatasi Rumah Pelanduk (Biru) di tempat kedua, Rumah Harimau (Kuning) di tempat ketiga, dan Rumah Garuda (Hijau) di tempat keempat.

Rumah Singa mula menjuarai kejohanan ini pada tahun 2019 dan mengekalkan penguasaan pada tahun 2020 dengan menewaskan juara sebelumnya, Rumah Harimau.




Kejohanan ini mempertandingkan kategori Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, dan PPKI bagi lelaki dan perempuan. Peserta dilepaskan berperingkat-peringkat mengikut kategori dan jantina oleh Tuan Haji Che Rashid bin Sulong, Pengetua Cemerlang, dengan dibantu oleh Tuan Haji Mokhtar bin Omar, Yang Dipertua PIBG, dan Puan Hajah Wan Nooriman binti Wan Jaafar, Penolong Kanan Pentadbiran.




Hadiah kepada pemenang disampaikan di Dewan Warisan. Selain hadiah pingat, juara bagi kategori Lelaki 18, Perempuan 18, Lelaki 15 dan Perempuan menerima hadiah basikal, manakala pemenang utama lain mendapat kipas meja, dan hamper besar.

Guru-guru yang menyertai larian sebelum peserta dilepaskan juga turut menerima hadiah.

Isnin, 16 Mei 2022

MERAIKAN HARI RAYA AIDILFITRI; MERAYAKAN HARI GURU

SETELAH dua tahun tertangguh, 2020 dan 2021, sambutan Hari Raya Aidilfitri dan perayaan Hari Guru dapat dilaksanakan pada tahun ini.

Kelab guru dan kakitangan SMKSO, Destaf, menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1443H/2022M dan Sambutan Hari Guru 2022 secara serentak. Sambutan diadakan dengan kerjasama Badan Pengawas Sekolah dan Persatuan Pelajar Pra-U.











Acara hari ini bermula dengan Sambutan Hari Guru 2022 yang bertema "Guru Tunjang Sekolah Sejahtera" di Dewan Warisan, dengan perarakan guru masuk ke dewan, dan diikuti dengan nyanyian lagu "Negaraku" dan bacaan doa. Guru dan pelajar di dewan mengikuti bacaan Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, dan Menteri Kanan Pendidikan.

Majlis juga disisipkan dengan ucapan wakil pelajar dan ucapan Tuan Haji Che Rashid bin Sulong, Pengetua Cemerlang, sebelum hadirin dihidangkan dengan ikrar guru, nyanyian lagu "Guru Malaysia", persembahan guru dan pelajar, dan sesi fotografi.

Selepas majlis rasmi di dewan, guru dan pelajar menyertai pertandingan permainan yang dikendalikan oleh pelajar Tingkatan 6. 

Sambutan Hari Raya Aidilfitri dilangsungkan dengan jamuan pelbagai makanan yang diadakan di Dewan Warisan untuk guru dan dif jemputan, dan di perkhemahan untuk pelajar.

Antara dif jemputan yang hadir ialah Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua PIBG dan beberapa orang AJK PIBG, Pegawai Perhubungan Polis Sekolah, dan pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Dungun. Turut hadir ialah beberapa orang bekas Pengetua SMKSO, antaranya Tuan Haji Md Zain bin Muda, Encik Wan Su bin Wan Jaffar, Puan Hajah Noor Maziah binti A. Rahman, dan Tuan Haji Zulkefly bin Abd Rahim.