Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

Rabu, 8 Disember 2021

JAMUAN AKHIR TAHUN DAN KERAIAN GURU NAIK PANGKAT SEPANJANG 2021

KELAB guru dan kakitangan DESSO (DESTAF) mengadakan Jamuan Akhir Tahun di Dewan Warisan petang ini.

Jamuan akhir tahun yang bertemakan "Kenduri-kendara" menampilkan guru dan kakitangan sokongan berpakaian yang sesuai dengan majlis kenduri perkahwinan.

Dalam majlis itu, guru dan kakitangan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebanyak dua pusingan. Cabutan pusingan pertama dimenangi oleh semua yang hadir, manakala cabutan kedua dimenangi oleh 36 orang yang bertuah. Cabutan utama dimenangi oleh Cikgu Hajah Norhayati binti Ismail.

Tuan Haji Che Rashid bin Sulong, Pengetua Cemerlang, dan Puan Nur Firdaus binti Mohd Jamil, Guru Pendidikan Khas Integrasi, masing-masing dinobatkan sebagai Raja dan Permaisuri majlis hari ini.


Majlis turut dihadiri oleh Encik Shamsul Bahri bin Shafie, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun Sektor Pengurusan Sekolah, dan Tuan Haji Mokhtar bin Omar, Yang Dipertua PIBG DESSO.

Selain jamuan akhir tahun, majlis juga meraikan pertukaran guru ke sekolah lain. Encik Afandi bin Harun bertukar ke SMK Pulau Serai sebagai Penolong Kanan Pentadbiran, manakala Encik Ahmad Burham bin Awang bertukar ke SMK Tengku Intan Zaharah sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Tiga orang guru lagi bertukar kerana dinaikkan pangkat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran. Encik Edy Murad bin Adnan bertukar ke SMK Tengku Intan Zaharah sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran Vokasional dan Teknik, Tuan Haji Mohd Hanifuddin bin Salleh bertukar ke SMK Seri Paka sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dan Matematik, dan Puan Zainun binti Husain bertukar ke SMK Seri Rasau sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa Melayu.

Majlis juga meraikan Puan Masitah binti Hassin, Guru Kaunseling, yang bertukar ke SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu.