Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

Isnin, 12 April 2021

GURU DESSO BERTUKAR DAN NAIK PANGKAT

SEHINGGA berita ini ditulis, lapan orang guru DESSO bertukar ke sekolah baharu. Daripada jumlah itu, tiga orang daripadanya bertukar kerana kenaikan pangkat, empat orang pertukaran biasa, dan seorang memohon bertukar.

Yang paling awal bertukar kerana kenaikan pangkat ialah Encik Afandi bin Harun, Penolong Kanan Kokurikulum, yang dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Pulau Serai, mulai 13 Mac 2021 lalu.




Dua orang lagi yang bertukar kerana kenaikan pangkat ialah Encik Ahmad Burham bin Awang @ Ibrahim, Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dan Matematik, yang dinaikkan pangkat ke jawatan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SMK Tengku Intan Zaharah, dan Encik Edy Murad bin Adnan, Guru Akademik Biasa, dinaikkan pangkat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional di SMK Tengku Intan Zaharah. Pertukaran kedua-duanya berkuat kuasa pada 11 April 2021.

Guru lain yang bertukar ialah Cik Che Wan Aiha binti Wan Ismail dan Cik Siti Zuraidah binti Mat Napi, kedua-duanya guru Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI). Cik Che Wan Aiha bertukar ke SMK Datuk Engku Bijaya Sura, manakala Cik Siti Zuraidah bertukar ke SMK Jerangau.

Yang turut bertukar ialah Puan Hajah Nor Shamsinah binti Samsudin, Guru Pendidikan Islam, bertukar ke SMK Kompleks Padang Jambu, dan Encik Shee Soon Yee bertukar ke SMK Pulau Serai. Pertukaran kedua-duanya berkuat kuasa mulai 6 April 2021.

Sementara itu, Puan Siti Zubaidah binti Fazai, Guru Akademik Tingkatan Enam (Pengajian Perniagaan), yang memohon pertukaran, bertukar ke SMK Sultan Ahmad, Kuala Terengganu, berkuat kuasa mulai 4 April 2021.

Tempat yang ditinggalkan oleh Encik Afandi bin Harun diisi oleh Encik Mohd Afzarizam bin Mamat, Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional, berkuat kuasa pada tarikh yang sama.