Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

Ahad, 1 Mac 2015

PUSAT SUMBER MELANCARKAN PROGRAM NILAM

1 MAC 2015 - PUSAT Sumber Sekolah (PSS) melancarkan Program NILAM 2015 semasa Perhimpunan Mingguan di Medan Perhimpunan pagi ini. Pelancaran disempurnakan oleh Pengetua, Encik Wan Su bin Wan Jaffar, di hadapan pelajar dan guru.



Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Guru Media, Puan Noorashila binti Mohd Saupi, manakala taklimat pelaksanaan NILAM dilakukan oleh Setiausaha NILAM, Puan Hartini binti Mohd Nor.

Pelancaran tersebut untuk menanam minat membaca dalam kalangan pelajar dengan menawarkan insentif kepada pelajar yang dapat membaca buku dalam jumlah tertentu.

NILAM atau Nilai Ilmu Amalan Membaca merupakan program Kementerian Pendidikan yang bertujuan mengenal pasti pelajar yang banyak membaca dan mempunyai pengetahuan yang tinggi untuk diberikan Anugerah NILAM pada peringkat daerah, negeri, dan kebangsaan.

Dalam pelancaran tadi, Pengawas Pusat Sumber mengulas buku bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Pelajar yang membaca 288 buah buku dan ke atas akan dianugerahi Pingat Jauhari taraf NILAM.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan