Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

Selasa, 27 Februari 2018

PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG DILANCARKAN HARI INI

UNIT Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling DESSO melancarkan Amalan Guru Penyayang dan #Sekolah dalam Perhimpunan Kokurikulum di Medan Perhimpunan pagi ini.


Program itu dilancarkan oleh Puan Hajah Noor Maziah binti A. Rahman, Pengetua DESSO. Turut hadir ialah Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Encik Chong Yep Kin.

Dalam majlis itu, penyampaian hadiah hari lahir kepada pelajar dan guru disempurnakan oleh Puan Hajah Noor Maziah. Kemuncak majlis ialah acara memotong kek hari lahir.

Selain itu, dalam majlis itu, dilancarkan juga #Sekolah, iaitu Hati yang Bersih, Amalan Baik, Cemerlang Prestasi.

Sabtu, 24 Februari 2018

AJK PIBG DIKEKALKAN UNTUK SATU SESI LAGI

KESEMUA ahli jawatankuasa ibu bapa dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) DESSO dikekalkan dalam Mesyuarat Agung PIBG Ke-41 yang diadakan pada hari ini.


Pengekalan itu yang dicadangkan oleh ahli PIBG memperlihatkan Tuan Haji Mokhtar bin Omar, Yang Dipertua sesi 2016-2017, Encik Chong Yep Kin, Naib Yang Dipertua sesi 2016-2017 dikekalkan untuk tempoh 2018-2019.

Turut dikekalkan ialah ahli jawatankuasa dari kalangan ibu bapa, iaitu Encik Rashid bin Abu Bakar, Encik Rosdi bin Harun, Puan Marizah binti Mat Baru, Puan Hasnah binti Haji Abbas Khutty, Dr. Sharifah Fauziah binti Syed Draman, Encik Arif Tan bin Abdullah, dan Puan Khun Wan Pin.

Walaupun begitu, mesyuarat memilih dua orang Pemeriksa Kira-kira yang baharu, iaitu Puan Noraini binti Kamaruddin dan Encik Zainuddin bin Zakaria.

Ahli jawatankuasa dari kalangan guru akan dilantik oleh Pengetua DESSO sendiri.

Mesyuarat agung tersebut disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Din bin Adam, Pegawai Pembangunan Dungun.

Sementara itu, ibu bapa yang hadir didedahkan dengan sistem Persekitaran Pembelajaran Maya atau lebih dikenali dengan Virtual Learning Environmet (VLE) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Selain mengikuti majlis perasmian dan mesyuarat, ahli-ahli PIBG dari kalangan ibu bapa dan guru yang bernasib baik telah memenangi hadiah cabutan bertuah.

Rabu, 14 Februari 2018

MAJLIS PERSARAAN USTAZAH HAJAH MAZIAH EMBONG

KELAB Guru dan Kakitangan dan Pengurusan DESSO mengadakan majlis ringkas untuk meraikan persaraan Puan Hajah Maziah binti Embong, Guru Pendidikan Islam, di Bilik Mesyuarat Gemilang DESSO tengah hari ini.


Puan Hajah Maziah yang akan bersara awal pada 16 Februari 2018, memulakan karier keguruannya pada 8 Januari 1991. Beliau berkhidmat di DESSO mulai 16 Januari 2014.

Beliau memegang jawatan Pengerusi Panitia Pendidikan Islam yang banyak terlibat dengan program seperti pelaksanaan Minggu Adab yang diadakan di sekolah ini pada awal sesi persekolahan mulai 2016. Tugas besar terakhirnya yang baru dilaksanakan ialah Pelancaran Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) bagi tahun 2018 semalam.

Dalam ucapannya, Puan Hajah Maziah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kerjasama pengurusan sekolah dan rakan-rakan guru yang memastikan beliau dapat menjalankan tugas dengan lancar.

Selepas mengetik kad perakam waktu terakhirnya, beliau dihantar pulang oleh guru-guru dan menerima lambaian terakhir daripada pelajar DESSO yang berbaris di sepanjang jalan dari Pejabat Pengurusan DESSO hingga pintu pagar utama sekolah.

Beliau dijadualkan akan diraikan sekali lagi dalam majlis persaraan bersama dengan beberapa orang guru lagi. Majlis dijadualkan akan diadakan pada 28 Mac 2018.

WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR DISAMPAIKAN

PEMIMPIN-PEMIMPIN pelajar yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas Koperasi, Pengawas SPBT, dan Pengawas Briged Bestari menerima surat pelantikan hari ini dalam Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar DESSO.


Majlis yang diadakan di Dewan Warisan itu disempurnakan oleh Tuan ASP Mazlan bin Mustafa, Ketua Bahagian Keselamatan Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun, yang juga Pegawai Perhubungan Polis Sekolah.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Encik Mohd Faisal bin Amran, Pegawai SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah Dungun yang mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Dungun, dan Tuan Haji Mokhtar bin Omar, Yang Dipertua PIBG DESSO.

Majlis diserikan dengan acara Lafaz Ikrar Pemimpin Pelajar yang diketuai oleh Saudara Ahmad Khuraizi bin Khuzainol bersama dengan anggota Kadet Polis.

Selasa, 13 Februari 2018

AKTIVITI SUMUR 2018 BERMULA

PROGRAM Kementerian Pendidikan Malaysia, Sahsiah Unggul Murid atau lebih dikenali dengan nama ringkasnya, SUMUR, dilancarkan buat kali kedua di DESSO untuk menandakan bermulanya aktiviti program itu di sekolah ini.


DESSO merupakan sekolah perintis program itu di Dungun, telah dilaksanakan pada tahun lepas, dan diteruskan pada tahun ini.

Dalam pelancaran yang diadakan di Medan Perhimpunan pagi tadi, majlis bermula dengan bacaan al-Quran, diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Tuan Haji Rusli bin Mohd Nor, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. 

Puan Hajah Noor Maziah binti A. Rahman, Pengetua DESSO, dalam ucapan pelancarannya menegaskan bahawa program tersebut memberikan manfaat yang banyak kepada semua pelajar.

Program SUMUR melibatkan empat modul, iaitu Modul Berbudi Bahasa, Modul Jati Diri, Modul Penampilan Diri, dan Modul Mutadayyin. Walau bagaimanapun, Modul Mutadayyin khusus untuk pelajar Islam, yang dilaksanakan oleh Panitia Pendidikan Islam, dan dilaksanakan pada bulan Ramadan.

Dalam majlis itu juga dua orang pelajar, Ahmad Khuraizi bin Khuzainol dan Fatihah Izzati binti Omar, masing-masing diisytiharkan sebagai pemimpin yang digelar "naqib" dan "naqibah" pada tahun ini.

Majlis turut diserikan penyampaian sajak oleh wakil pelajar.

Khamis, 8 Februari 2018

PELAJAR TERIMA BKAP 2018 DI DEWAN WARISAN

EMPAT ratus enam puluh empat orang pelajar DESSO yang layak telah menerima Bantuan Khas Awal Persekolahan (BKAP) bernilai RM100.00 setiap orang di Dewan Warisan DESSO tengah hari ini.


Penerima BKAP itu terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, kebanyakannya mengambil wang tunai itu sendiri, manakala sebahagian pelajar diwakili oleh ibu bapa masing-masing.

Wang tunai itu diserahkan oleh Guru Tingkatan bermula pukul 1:30 tengah hari. 

Rabu, 7 Februari 2018

LADAP PERTAMA 2018 TENTANG BILIK DARJAH DIGITAL

GURU-GURU DESSO mengikuti latihan dalam perkhidmatan (ladap) pertama petang ini yang dikendalikan oleh Pegawai SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah Dungun.


Dalam majlis yang berlangsung dari pukul 2:30 petang hingga 4:30 petang itu, Encik Faisal bin Amran dan Puan Che Siti Zalaha mendedahkan penggunaan beberapa aplikasi yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang berorientasikan peralatan digital seperti komputer, peranti telefon bimbit, dan pemancar LCD.

Program pembelajaran yang didedahkan ialah Quiziz, Tarsia, Autodraw, Plickers, dan Zipgrade yang diyakini dapat menarik perhatian pelajar untuk belajar dengan perasaan gembira dan berkesan.

Kedua-dua pegawai itu berharap aplikasi yang didedahkan itu dapat dikuasai oleh guru dan seterusnya dapat digunakan di dalam bilik darjah.

SAMBUTAN PRA-TAHUN BAHARU CINA

UNIT Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling DESSO dengan kerjasama Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) mengadakan majlis Sambutan Pra-Tahun Baharu Cina di Medan Perhimpunan pagi ini.


Acara bermula dengan ucapan daripada wakil pelajar Cina dan wakil Kelab PRS dan diikuti oleh ucapan Puan Hajah Noor Maziah binti A. Rahman, Pengetua DESSO.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Tuan Haji Mokhtar bin Omar, Timbalan Yang Dipertua PIBG, Encik Chong Yep Kin, dan Ahli Jawatankuasa PIBG, Encik Arif Tan bin Abdullah turut hadir ke majlis ini.

Puan Hajah Noor Maziah turut mewakili guru-guru menyampaikan kad ucapan Tahun Baharu Cina kepada wakil pelajar Cina dan cenderamata Tahun Baharu Cina daripada Kelab Guru dan Kakitangan DESSO kepada Encik Shee Soon Yee, Puan Loh Chin Eng, dan Puan Tan Lee Kim.

Majlis juga diserikan dengan nyanyian lagu Tahun Baharu Cina oleh kumpulan koir PRS.