Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

Selasa, 23 Mac 2021

MAJLIS APRESIASI BATCH IBNU SINA

MAJLIS Akhir Tahun yang tidak dapat diadakan pada tahun 2020, telah digantikan dengan Majlis Apresiasi Batch Ibnu Sina pada petang ini.


Batch Ibnu Sina ialah kumpulan pelajar Tingkatan Enam sesi 2020 yang terdiri daripada 31 orang ahli. Majlis itu dianjurkan untuk meraikan mereka oleh kumpulan Batch Al-Fateh, kumpulan pelajar sesi 2021 yang telah menamatkan peperiksaan Semester 1 mereka semalam.

Majlis yang diadakan di Dewan Bidara, UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun itu turut dihadiri oleh Pengetua Cemerlang, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, dan Penolong Kanan Tingkatan Enam.

Selain jamuan, majlis itu mencipta kelainan dengan persembahan lagu dakwah dan falsafah dari kumpulan Busker Sabasun, di samping persembahan daripada Batch Ibnu Sina dan Batch Al-Fateh sendiri.

Dalam majlis itu, cabutan bertuah diadakan untuk pelajar Batch Ibnu Sina, selain keraian khas dengan penyampaian cenderamata kenang-kenangan kepada Puan Siti Zubaidah binti Fazai, guru Pengajian Perniagaan, yang akan bertukar ke SMK Sultan Ahmad, Kuala Terengganu mulai April ini.

Saudara Muhammad Aidil Adam bin Muhammad Yusof Vincent (6AC) dan Saudari Nurul Wahidah binti Ramlee (6AG) terpilih sebagai pelajar paling glamor, manakala Tuan Haji Che Rashid, Pengetua Cemerlang, dan Puan Nor Naemah binti Mohd Nor, guru Pengajian Am, masing-masing dipilih sebagai King dan Queen majlis itu.

Selasa, 9 Mac 2021

PELAJAR TINGKATAN ENAM MULA MENGHADAPI STPM

PELAJAR STPM sesi 2020, yang sepatutnya menghadapi peperiksaan awam itu pada hujung tahun lepas, mula menduduki peperiksaan pada hari ini.

Gambar hiasan - Peperiksaan dalaman 2021

Sebahagian besar daripada pelajar kumpulan ini akan menduduki peperiksaan STPM Ulangan Semester 2 mulai hari ini dan berakhir pada 15 Mac 2021. Pada hari ini mereka menduduki peperiksaan mata pelajaran Pengajian Am 2 (U2), diikuti oleh mata pelajaran Pengajian Perniagaan 2 (U2) dan Bahasa Melayu 2 (U2) esok, serta Ekonomi 2 (U2) dan Sejarah 2 (U2) Isnin ini.

Selepas itu, kumpulan yang mengambil Ulangan Semester 1 (U1), akan menduduki peperiksaan Pengajian Am 1 (U1) pada 17 Mac 2021, Pengajian Perniagaan 1 (U1) dan Bahasa Melayu 1 (U1) pada 18 Mac 2021, serta Ekonomi 1 (U1) dan Sejarah 1 (U1) pada 22 Mac 2021. Pada hari dan waktu yang sama, 50 orang calon STPM sesi 2021 pula menduduki peperiksaan Semester 1 (S1), dengan menjawab soalan yang sama seperti yang dijawab oleh calon Ulangan Semester 1 (U1).

Selepas cuti pertengahan penggal pertama, pelajar STPM sesi 2020 akan menghadapi peperiksaan akhir, iaitu STPM Semester 3, bermula pada 6 April 2021. Kesemua 31 orang calon kumpulan ini akan mengambil peperiksaan Pengajian Am 3 (S3) pada hari pertama itu, diikuti dengan Pengajian Perniagaan 3 (S3) dan Bahasa Melayu 3 (S3) pada 7 April 2021, dan menamatkan pengajian mereka dengan menduduki kertas Ekonomi 3 (S3) dan Sejarah 3 (S3) pada 8 April 2021.

Sebagai rekod, kumpulan sesi 2020 ini merupakan pelajar yang paling panjang berada di sekolah; bermula Julai 2019, sepanjang tahun 2020, dan berakhir pada April 2021. Sesi mereka yang sebenar adalah dari Julai 2019 hingga Disember 2020 sahaja, tetapi peperiksaan ditangguhkan akibat penularan Covid-19.