Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

Khamis, 10 Jun 2021

SPM 2020 -- LEBIH CEMERLANG DARIPADA 2019

MESKIPUN Covid-19 menyebabkan terlaksananya norma baharu dalam pendidikan dengan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR), keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) DESSO menunjukkan peningkatan keselruhan yang membanggakan. 

Dalam keputusan SPM yang diumumkan hari ini, DESSO mencatatkan gred purata 4.83, iaitu lebih baik berbanding dengan 4.88 pada tahun 2019. Selain itu, sebanyak 94.03% calon layak mendapat sijil, mengatasi pencapaian 87.33% pada tahun sebelumnya. Sebanyak 61.94% pelajar lulus dalam semua mata pelajaran yang diambil.


Pelajar terbaik SPM kali ini ialah Foo Li Lin yang memperoleh semua A daripada sembilan mata pelajaran yang didudukinya. Pelajar ini mendapat 3A+, 4A, dan 2A-, menjadikannya satu-satunya pelajar yang memperoleh 9A.

Pencapaian itu membolehkan DESSO menduduki tempat ke-6 daripada 23 buah sekolah di daerah Dungun.