Sewajarnya...

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "KEBERSAMAAN MENUJU DESSO GEMILANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Sabtu, 28 Februari 2015

TUAN HAJI MOKHTAR OMAR TERUS MENERAJUI PIBG

28 FEBRUARI 2015 - PERSATUAN Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sultan Omar mengadakan Mesyuarat Agung PIBG ke-38 di Dewan Warisan pagi ini.




Perasmian mesyuarat dilaksanakan oleh Yang Berusaha Encik Mohd Asri bin Mohamad, Pegawai Hal Ehwal Khas (JASA) Parlimen Dungun, yang merupakan bekas pelajar sekolah ini.

Sebelum mesyuarat berlangsung, semua ahli jawatankuasa sesi 2014/2015 menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh Encik Mohd Asri.

Dalam mesyuarat tersebut, Yang Dipertua sesi lalu, Tuan Haji Mokhtar bin Omar mengekalkan jawatannya apabila dipilih semula secara sebulat suara oleh ibu bapa yang hadir. Namun begitu, jawatan Naib Yang Dipertua bertukar penyandang apabila ahli mesyuarat memilih Encik Wong Fook Hoe. Naib Yang Dipertua sebelum ini ialah Dato' Seri Mau Yon Seong.

Mesyuarat juga memilih beberapa orang ahli jawatankuasa dari kalangan ibu bapa yang baharu untuk digandingkan dengan jawatankuasa yang sedia ada. Ahli jawatankuasa dari kalangan guru akan ditentukan oleh pengurusan sekolah. Beberapa orang ahli jawatankuasa lain juga akan dipilih sendiri oleh Yang Dipertua.

Majlis mesyuarat diserikan dengan cabutan bertuah yang disumbangkan oleh pihak PIBG sendiri, JASA, dan orang perseorangan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan