Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

Rabu, 20 Mei 2015

JAMUAN MERAIKAN PERTUKARAN GURU

18 MEI 2015 (Isnin) - KELAB Guru dan Kakitangan SMK Sultan Omar mengadakan jamuan meraikan guru yang bertukar di sekolah-sekolah di daerah Dungun pada petang ini, sejurus selepas merayakan Hari Guru Peringkat Sekolah.


Isnin, 18 Mei 2015

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH KENDALIAN GABUNGAN PENGAWAS

18 MEI 2015 (Isnin) - Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Sultan Omar diadakan pada hari ini yang dikendalikan oleh gabungan pengawas SMK Sultan Omar, dengan diselia oleh Kelab Guru dan Kakitangan.


Gabungan Pengawas tersebut terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas SPBT, Pengawas Koperasi, dan Pembimbing Rakan Sebaya.

Dalam majlis tersebut, guru-guru diarak oleh ahli Kelab Pembimbing Rakan Sebaya, Pasukan Kadet Bersatu Malaysia dan paluan kompang dari hadapan Blok Pengurusan dan Pentadbiran ke Dataran Perhimpunan Sekolah. Di dataran tersebut, pelajar dan guru mendengar perutusan daripada Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Menteri Besar Terengganu, dan Menteri Pendidikan Malaysia yang dibacakan oleh barisan pengurusan. 

Pengetua SMK Sultan Omar, Encik Wan Su bin Wan Jaafar kemudiannya berucap, yang diikuti oleh ucapan wakil UMNO Bahagian Dungun, Encik Zulkifli bin Harun, dan ucapan wakil pelajar, Saudara Izzat Ahmad Muhaimin bin Ibrahim. Guru-guru kemudiannya menyanyikan lagu "Guru Malaysia".

Selepas majlis tersebut, 10 kumpulan guru mengambil bahagian dalam sukaneka yang mempertandingkan 10 acara. Acara penyampaian hadiah kepada kumpulan yang berjaya diadakan di Dewan Warisan, yang turut dihiasi dengan persembahan deklamasi sajak dan nyanyian guru dan pelajar.

Majlis berakhir pada pukul 1:30 tengah hari.


Sabtu, 16 Mei 2015

TUAN RUMAH PELANCARAN GOTONG-ROYONG PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

16 MEI 2015 (Sabtu) - BERSEMPENA dengan sambutan Hari Guru 2015, SMK Sultan Omar diberikan tanggungjawab oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu untuk menjadi tempat Pelancaran Gotong-royong Perdana Peringkat Negeri Terengganu pagi ini.


Jumaat, 8 Mei 2015

PELAJAR PRA-U BAWAH SESI 2016 WARGA BAHARU SMKSO

5 MEI 2015 (Selasa) -  SMK Sultan Omar menerima warga baharu hari ini apabila 46 orang pelajar lepasan SPM 2014 mendaftar sebagai pelajar Pra-U Bawah bagi pengajian sesi 2016 di Dewan Warisan pagi ini.


Selasa, 5 Mei 2015

HARI KOPERASI SEKOLAH DENGAN PELBAGAI AKTIVITI

5 MEI 2015 (Selasa) - KOPERASI SMKSO menganjurkan Hari Koperasi Sekolah sepanjang hari ini dengan perasmiannya disempurnakan oleh Setiausaha Jabatan Perhubungan Angkasa Negeri Terengganu, Tuan Haji Mohamed bin Yusof di Dataran Perhimpunan.



Dalam majlis perasmian itu, diadakan Kuiz Koperasi dan penyampaian Anugerah Koperator Terbaik kepada dua orang pelajar. Turut dilangsungkan ialah penyerahan zakat perniagaan koperasi yang diikuti oleh nyanyian lagu "Semangat Koperasi".

Sambutan Hari Koperasi kali ini menggunaka tema "Koperasi Berprihatin terhadap Masyarakat"

Selepas acara perasmian, beberapa aktiviti dijalankan yang melibatkan pasukan beruniform, iaitu pertandingan kawad kaki, pertandingan roket air, sukaneka, gerai jualan, khidmat cuci kereta, pertandingan sketsa, pertandingan gubahan, pertandingan reka cipta, dan pertandingan melukis poster.

Selain itu, semasa acara penutupan, diadakan persembahan band sekolah, deklamasi sajak, dan persembahan syar, di samping cabutan bertuah.