Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

Khamis, 28 Julai 2022

PENUTUPAN MINGGU HALA TUJU 6 BAWAH SESI 2022/2023

EMPAT puluh lima orang pelajar baharu Tingkatan 6 menamatkan Program Minggu Hala Tuju 6 Bawah Sesi 2022/2023 dalam majlis penutupan ringkas di Bilik Mesyuarat Gemilang tengah hari ini.

Semua pelajar baharu tersebut mula mendaftar pada 25 Julai 2022 (Isnin) lalu dan menjalani berapa aktiviti orientasi yang dikendalikan oleh Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling SMKSO dengan bantuan beberapa orang ahli Persatuan Prauniversiti yang dilantik sebagai ahli jawatankuasa.


Majlis hari ini dikendalikan sendiri oleh pelajar-pelajar baharu melalui jawatankuasa sementara yang dilantik. Majlis diisi dengan ucapan daripada Puan Nor Naemah binti Mohd Nor, Penyelaras Projek Kecemerlangan STPM, dan Tuan Haji Mazlan bin Haji Mohd, Penolong Kanan Tingkatan 6.

Majlis ditutup dengan rasminya oleh Tuan Haji Che Rashid bin Sulong, Pengetua Cemerlang SMKSO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan