Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

Khamis, 28 Julai 2022

JUARA KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD DUNGUN 2022: IMPIAN MENJADI KENYATAAN

ATLET SMKSO melunaskan tanggungjawab yang dibebankan ke atas mereka apabila memungut 16 butir pingat emas, 8 butir pingat perak, dan 5 butir pingat gangsa yang membolehkan kontinjen DESSO muncul sebagai juara Kejohanan Olahraga MSSD Dungun Ke-52 yang berakhir tengah hari ini.


Jumlah pungutan pingat yang cemerlang itu meninggalkan pesaing terdekat yang merupakan juara beberapa edisi kejohanan, SMK Paka, yang hanya mampu memperoleh 8 butir pingat emas, 14 butir pingat perak, dan 10 butir pingat gangsa.

Kejohanan yang bermula pada 24 Julai 2022 itu juga menyaksikan dua orang atlet SMKSO muncul sebagai peserta terbaik. Nur Shafika binti Mohd Zuhimi muncul sebagai Peserta Terbaik Perempuan 15 Tahun dengan pungutan tiga butir pingat emas menerusi acara 100 meter, 200 meter, dan lompat jauh. Seorang lagi atlet, Mohamad Armin Zahryl bin Abdul Latif pula menjadi Peserta Terbaik Lelaki 18 Tahun dengan pungutan tiga butir pingat emas melalui acara 100 meter, 200 meter, dan 110 meter lari berpagar.

Kejayaan cemerlang atlet SMKSO meraih kejuaraan edisi ini merealisasikan harapan Tuan Haji Che Rashid bin Sulong, Pengetua Cemerlang, yang menetapkan wawasan SMKSO muncul sebagai juara dalam masa tiga tahun semenjak beliau menjadi Pengetua SMKSO pada tahun 2019. Beliau yang akan bersara daripada perkhidmatan kerajaan pada 8 Ogos 2022 ini menganggap kejayaan itu merupakan hadiah yang sungguh bermakna untuknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan