Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

Khamis, 25 Februari 2021

RESTU ILMU PELAJAR SEMESTER 3 STPM SESI 2020

JAWATANKUASA Projek Kecemerlangan STPM mengadakan Majlis Restu Ilmu Semester 3 hari ini untuk meraikan 31 orang pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada bulan Mac dan April ini.


Pelajar Semester 3 itu sebahagiannya akan menduduki peperiksaan Ulangan Semester 2 pada 
9, 10, dan 15 Mac, dan Ulangan Semester 1 pada 17, 18, dan 22 Mac ini. Ulangan Semester 1 itu berlangsung serentak dengan peperiksaan Semester 1. Kesemua pelajar Semester 3 akan menduduki peperiksaan Semester 3 pada 6, 7, dan 8 April 2021 nanti.

Dalam majlis ringkas itu juga pelajar Semester 3 yang memperoleh gred purata 3.0 ke atas dalam Peperiksaan Percubaan STPM Semester 3 diberikan penghargaan, yang disempurnakan oleh Tuan Haji Che Rashid bin Sulong, Pengetua Cemerlang SMKSO.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan