Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

Isnin, 22 Februari 2021

PELAJAR TINGKATAN LIMA MENDUDUKI PEPERIKSAAN

SETELAH tertangguh semenjak akhir tahun lalu akibat daripada wabak Covid-19, pelajar Tingkatan Lima akhirnya mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sesi 2020 hari ini.

Bagi pelajar SMK Sultan Omar, peperiksaan awam yang bermula dengan kertas Bahasa Melayu I dan Bahasa Melayu 2 pada hari ini akan berakhir pada 25 Mac 2021 nanti. Mata pelajaran peperiksaan pada hari terakhir itu ialah Tasawwur Islam I, Tasawwur Islam 2, dan Sains Komputer.

Sebelum peperiksaan bermula, pelajar Tingkatan Lima mengikuti kelas tambahan setiap hari walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia membenarkan pelajar untuk belajar secara kendiri di rumah atau di asrama.

Semasa peperiksaan, seperti lazimnya dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelajar disukat suhu di pintu masuk hadapan sekolah, mencatat suhu, dan mengisi Borang Deklarasi Saringan Covid-19. Pergerakan calon dikawal rapi oleh guru-guru bertugas untuk memastikan mereka mematuhi prosedur yang ditetapkan, iaitu memakai pelitup separuh muka dan sentiasa dalam jarak sekurang-kurangnya satu meter.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan