Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

Khamis, 5 Oktober 2017

SOLAT HAJAT PERDANA PEPERIKSAAN AWAM


5 OKTOBER 2017 (KHAMIS) - Pengurusan Sekolah dengan kerjasama Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik Sekolah mengadakan Majlis Solat Hajat Perdana di Surau Al-Ikhlas DESSO pada malam ini.

Majlis diadakan untuk memohon rahmat dan hidayah daripada Allah agar memudakan pelajar yang akan menduduki PT3, SPM, dan STPM menjawab soalan dan memperoleh kejayaan yang cemerlang.

Program tahunan itu bermula dengan solat Maghrib berjemaah, dan diikuti solat hajat berjemaah, bacaan Surah Yassin, ucapan wakil Pengetua, solat Isyak berjemaah, dan diakhiri dengan tahlil ringkas.

Pengetua DESSO, Puan Hajah Noor Maziah binti A. Rahman turut hadir dalam majlis itu. Walau bagaimanapun, Tuan Haji Rusli bin Mohd Nor, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang turut menjalankan tugas sebagai Penolong Kanan Pentadbiran, mewakili beliau memberikan ucapan kepada ibu bapa dan penjaga yang memenuhi ruang surau.

Selepas majlis, ibu bapa dan penjaga diagihkan makanan termasuk bubur asyura yang dimasak pagi tadi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan