Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

Selasa, 29 September 2015

BEKAS GURU DAN PELAJAR DESS LAWAT SMKSO

29 SEPTEMBER 2015 (SELASA) - Dua orang guru yang pernah mengajar di sekolah ini pada tahun 1969 yang ketika itu ialah Sekolah Menengah Inggeris Dungun atau lebih dikenali sebagai Dungun English Secondary School (DESS) mengadakan lawatan pada hari ini. 


Dua orang guru tersebut ialah Encik Ken Nirenberg yang menjadi guru pada tahun 1969 hingga 1970, dan Encik Oii Khar Choon yang menjadi guru pada tahun 1969 hingga 1978. Ketika itu, DESS di bawah pentadbiran Encik Gilber Khoo.

Encik Ken Nirenberg sekarang menetap di Texas, Amerika Syarikat, sementera Encik Ooi Khar Choon menetap di Klang, Selangor.

Turut bersama dengan dua orang guru tersebut ialah bekas pelajar Tingkatan 5 pada tahun 1969, Tuan Haji Kazaruddin bin Haji Kamaruddin, yang kini menetap di Kuantan, Pahang. Kesemua mereka diiringi oleh beberapa orang bekas pelajar DESS yang tinggal di sekitar bandar Dungun.

Mereka melawat di sekitar kawasan sekolah selama lebih daripada dua jam, diiringi oleh Pengetua, Encik Wan Su bin Wan Jaffar.

1 ulasan:

  1. Dess dungun english secondary school antara studentnya mak sedara saya puan hjh azizeh mohamed yg skrg menetap di subang jaya.

    Smso.antara studentnya saya mohd hadizam 1983 1987. Dari tingkatan 1perdagangan1,2 perdagangan 1, 3 perdagangan 1,4 sains 1 dan 5 sains 1.
    Mak sedara saya merupakan super senior saya.saya pun jadi super senior kpd anak2 sedara saya yg telah tamat belajar di smso antaranya tengku mohd azinuddin bin tengku anuar dan adiknya tengku mohd hafizi fitri bin tengku anuar....

    Antara bekas pelajar smso 83 87 yg di kira berjaya ialah che yusri che hashim pegawai ppd dungun,dr tajuldin mohd,sir abd halim hashim (guru bahasa inggeris salah sebuah sekolah di johor,abd halim pelajar terbaik spm 86 bagi subjek bahasa inggeris )

    BalasPadam