Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

Sabtu, 29 Ogos 2015

PPKI SMKSO DAPAT KEPERCAYAAN JPN TERENGGANU SERTAI PAMERAN KERJA PENDIDIKAN KHAS NEGERI

29 OGOS 2015 (SABTU) - Pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMKSO menyertai Pameran Hasil Kerja Murid Pendidikan Khas di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu, Marang, pada hari ini.


Program tersebut bersempena dengan Program Sarana Ibu Bapa Linus Pendidikan Khas Peringkat Negeri Terengganu.

Hasil kerja PPKI yang dipamerkan dari pukul 8:30 pagi hingga 4:30 petang terdiri daripada pelbagai saiz bantal kekabu, yang biasa dipasarkan sebelum ini, selain beberapa produk baharu seperti rantai kunci kekabu, kek cawan span, dan kelarai khat. 

Menurut Encik Azran bin Ismail, Penyelaras PPKI SMKSO, PPKI sekolah ini menjadi satu-satunya PPKI sekolah menengah di negeri Terengganu yang menunjukkan kecemerlangan semenjak sekian lama. Oleh itu, menurut Encik Azran lagi, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu memberi mandat kepada PPKI SMKSO menyertai pameran ini.

Kesemua penghasilan tersebut dihasilkan dengan bimbingan daripada guru-guru PPKI, Puan Che Wan Aiha binti Ismail, Puan Nik Nurul Nasuha binti Idris, Puan Noraini binti Abdullah, dan Cik Siti Zuraidah, dan diketuai oleh Encik Azran bin Ibrahim, Penyelaras PPKI SMKSO.

Pelajar PPKI yang terlibat dalam pameran hasil kerja ini ialah Muhammad Saifuddin bin Mohd Azmi, Zaharah binti Othman, Muhammad Iqbal Shariq bin Mohd Jaafar, Mohammad Aiman bin Mohammad Asri, dan Ahmad Thohir bin Rusli.

Majlis penutupan program disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin.

Foto: Azran bin Ibrahim (Penyelaras PPKI SMKSO)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan