Sewajarnya...

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "KEBERSAMAAN MENUJU DESSO GEMILANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Isnin, 6 April 2015

AKU JANJI PELAJAR PT3, SPM, DAN STPM

6 APRIL 2015 - Pengurusan Projek Kecemerlangan PT3, SPM, dan STPM bergabung tenaga mengadakan Majlis Aku Janji yang melibatkan pelajar Tingkatan 3, Tingkatan 5 dan Tingkatan Pra-U Atas di Dewan Warisan pagi ini.



Majlis diadakan untuk meningkatkan semangat semua pelajar yang akan menduduki PT3, SPM, dan STPM agar berusaha untuk memperoleh kejayaan yang baik dalam peperiksaan nanti. Peperiksaan PT3 akan berlangsung pada bulan Oktober, SPM akan dihadapi pada bulan November, manakala pelajar Pra-U akan menghadapi peperiksaan Penggal 2 STPM pada pertengahan bulan Mei ini.

Majlis bermula dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling, Tuan Haji Ramli bin Musa, diikuti dengan penetapan sasaran pencapaian oleh setiap pelajar mengikut peringkat peperiksaan masing-masing.

Majlis disempurnakan oleh Pengetua SMK Sultan Omar, Encik Wan Su bin Wan Jaffar, dan turut dihadiri oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ruslan bin Haji Ismail, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Wan Mohd Yusof bin Wan Mohamad, dan Penolong Kanan Tingkatan 6, Encik Mazlan bin Mohd, serta semua guru PT3, SPM, dan STPM.

Dalam majlis itu juga, semua pelajar membaca Ikrar Aku Janji yang diketuai oleh Ketua Pelajar, Izzat Ahmad Muhaimin bin Ibrahim.

Selepas itu, Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, dan Penolong Kanan Tingkatan 6 menurunkan tandatangan pada kain rentang Projek Kecemerlangan STPM, diikuti oleh semua Ketua Tingkatan 5.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan