Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

Khamis, 16 April 2015

35 ORANG PELAJAR CEMERLANG AKADEMIK 2014 MENERIMA ANUGERAH

16 APRIL 2015 (Khamis) - TIGA puluh lima orang pelajar cemerlang dalam peperiksaan PT3, SPM dan STPM 2014 menerima penghargaan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan DESSO 2014 di Dewan Warisan, hari ini.



Majlis dirasmikan oleh Yang Berbahagia, Dato' Haji Din bin Adam, Pegawai Pembangunan Daerah Dungun, yang turut dihadiri oleh wakil Pegawai Pendidikan Daerah Dungun.

Pelajar-pelajar tersebut ialah sebelas orang calon PT3, 12 orang calon SPM, dan 12 orang calon STPM.

Pelajar terbaik PT3 ialah Tan Yue Shiang dan Norhafiefa Alieya binti Hamzah yang masing-masing memperoleh 10A, manakala Aini Husna binti Mohd dan Lim Li Fang menjadi pelajar terbaik SPM yang masing-masing memperoleh 9A dan 10A, dan Tengku Nofazila binti Tengku Saharudin mencatatkan kejayaan sebagai calon STPM pertama SMK Sultan Omar yang memperoleh A dalam semua mata pelajaran dengan PNGK 4.0.

Kesemua pelajar cemerlang menerima sijil penghargaan dan wang tunai.

Dalam majlis tersebut juga, guru-guru yang berjaya meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran masing-masing turut menerima hadiah penghargaan daripada pihak pengurusan sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan