Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

Khamis, 23 Jun 2022

KOLABORATIF TINGKATAN 6 DENGAN MPP UiTM KAMPUS DUNGUN

PELAJAR Tingkatatn 6 sesi 2021 dan 2022 menyertai Program "Selangkah ke IPTA - From 0 to Hero" selama tiga hari bermula petang ini hingga tengah hari 25 Jun 2022. 

Program tersebut merupakan kolaboratif antara Persatuan Prauniversiti dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Terengganu Kampus Dungun.

Kolaboratif tersebut digerakkan oleh Jawatankuasa Projek Kecemerlangan STPM, Penyelaras Tingkatan 6. dan Penyelaras Batch Al-Fateh (Sesi 2021) dan Batch Al-Ghazali (Sesi 2022). Kolaboratif ini dipimpin oleh Saudara Haziq Aidil bin Jasri, pelajar Tingkatan 6 Atas Gemilang (Batch Al-Fateh) sebagai Pengarah Projek.

Selain anggota MPP UiTM Kampus Dungun sebagai fasilitator sesi bengkel, program mendapat kerjasama daripada Saudara Mohd Fakhrul Hakimi bin Haji Mokhtar, bekas pelajar Tingkatan 6 SMKSO yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia, dengan bantuan daripada beberapa orang kenalannya.


Program dirasmikan pembukaannya di Dewan Cemara, UiTM Kampus Dungun pada malam ini oleh Tuan Haji Mohd Fadzillah bin Mohd Ibrahim, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun Sektor Pembelajaran, yang mewakili Tuan Haji Kasman bin Embong, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Dungun.

Program yang akan berlangsung sehingga tengah hari Sabtu ini juga mendapat sentuhan daripada dua orang penceramah jemputan. Encik Mohamad Ridzuan bin Mihat, dari SMK Batu 5, Gurun, Kedah, dengan ceramah "Mengenal Diri" dan "Tanggungjawab Pelajar", dan Haji Wan Razak bin Wan Ahmad, mantan Kaunselor Sekolah Menengah Sains Dungun, dengan ceramah "Kemahiran Pengurusan Masa" dan "Teknik Belajar Berkesan".

Majlis penutupan rasmi dijangka akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Haji Wan Hapandi bin Wan Nik, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura di Dewan Cemara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan