Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

Isnin, 16 Mei 2022

MERAIKAN HARI RAYA AIDILFITRI; MERAYAKAN HARI GURU

SETELAH dua tahun tertangguh, 2020 dan 2021, sambutan Hari Raya Aidilfitri dan perayaan Hari Guru dapat dilaksanakan pada tahun ini.

Kelab guru dan kakitangan SMKSO, Destaf, menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1443H/2022M dan Sambutan Hari Guru 2022 secara serentak. Sambutan diadakan dengan kerjasama Badan Pengawas Sekolah dan Persatuan Pelajar Pra-U.











Acara hari ini bermula dengan Sambutan Hari Guru 2022 yang bertema "Guru Tunjang Sekolah Sejahtera" di Dewan Warisan, dengan perarakan guru masuk ke dewan, dan diikuti dengan nyanyian lagu "Negaraku" dan bacaan doa. Guru dan pelajar di dewan mengikuti bacaan Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, dan Menteri Kanan Pendidikan.

Majlis juga disisipkan dengan ucapan wakil pelajar dan ucapan Tuan Haji Che Rashid bin Sulong, Pengetua Cemerlang, sebelum hadirin dihidangkan dengan ikrar guru, nyanyian lagu "Guru Malaysia", persembahan guru dan pelajar, dan sesi fotografi.

Selepas majlis rasmi di dewan, guru dan pelajar menyertai pertandingan permainan yang dikendalikan oleh pelajar Tingkatan 6. 

Sambutan Hari Raya Aidilfitri dilangsungkan dengan jamuan pelbagai makanan yang diadakan di Dewan Warisan untuk guru dan dif jemputan, dan di perkhemahan untuk pelajar.

Antara dif jemputan yang hadir ialah Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua PIBG dan beberapa orang AJK PIBG, Pegawai Perhubungan Polis Sekolah, dan pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Dungun. Turut hadir ialah beberapa orang bekas Pengetua SMKSO, antaranya Tuan Haji Md Zain bin Muda, Encik Wan Su bin Wan Jaffar, Puan Hajah Noor Maziah binti A. Rahman, dan Tuan Haji Zulkefly bin Abd Rahim.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan