Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

Rabu, 13 Oktober 2021

MESYUARAT AGUNG PIBG KE-44 LULUSKAN USUL PEMILIHAN AJK DUA TAHUN SEKALI

MESYUARAT Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sultan Omar Ke-44 bersetuju secara sebulat suara menyokong usul agar pemilihan AJK diadakan setiap dua tahun dalam majlis yang diadakan pada malam ini.


Mesyuarat kali ini mencatatkan dua hal yang unik kerana inilah kali pertama diadakan pada waktu malam, dan diadakan secara hibrid, dengan ahli jawatankuasa bermesyuarat di Dewan Warisan, manakala ibu bapa dan guru mengikutinya perantaraan Zoom.

Mesyuarat dirasmikan oleh Encik Shaiful Bahri bin Shafie, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun Sektor Pengurusan Sekolah, yang mewakili Tuan Haji Kasman bin Embong, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Dungun yang tidak dapat bersama kerana tidak sihat.

Tuan Haji Mokhtar bin Omar, Yang Dipertua PIBG menegaskan dalam ucapannya bahawa usul agar pemilihan ahli jawatankuasa diadakan setiap dua tahun supaya dapat memberi peluang kepada ahli jawatankuasa melaksanakan tugas dengan lebih lama. Menurutnya, jika pemilihan setahun sekali dikekalkan, pada bulan Mac tahun hadapan, pemilihan yang baharu terpaksa diadakan sekali lagi.

Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini ditangguhkan disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada bulan Jun lalu. 

Dalam mesyuarat itu juga, usul agar dikekalkan sumbangan PIBG sebanyak RM50.00 bagi setiap keluarga dan bayaran kecemerlangan sebanyak RM100.00 bagi pelajar SPM dan STPM juga turut diluluskan.

Mesyuarat juga mengadakan cabutan bertuah yang dimenangi oleh 10 orang ibu bapa dan penjaga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan