Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

Ahad, 3 September 2017

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN MENINGGAL DUNIA


3 SEPTEMBER 2017 (AHAD) - Encik Ruslan bin Haji Ismail, Penolong Kanan Pentadbiran DESSO meninggal dunia tengah hari ini. Beliau yang sedang berada di halaman rumahnya dikatakan pitam dan dibawa ke Hospital Dungun, dan disahkan meninggal di situ.

Encik Ruslan mula berkhidmat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di DESSO pada 16 Mei 2010, selepas bertukar dari SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun. Allahyarham mula memulakan perkhidmatan dalam bidang pendidikan pada 1 Ogos 1992. Gred terakhirnya sebelum meninggal dunia ialah DG48.

Pada paginya, beliau masih lagi muncul berbual dengan rakan-rakan guru DESSO melalui aplikasi Whatsapp Urusan Rasmi DESSO dan DESSO Santai.

Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah, Dungun selepas solat Isyak. Ramai kalangan sanak saudara, rakan, dan warga guru di Dungun hadir ke majlis tersebut dan pengebumiannya di Kubur Syed Yahya, Dungun. Turut hadir ialah Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, yang pada petangnya menziarahi keluarga Allahyarham di rumahnya di Jalan Pak Sabah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan