19 DISEMBER 2016 (ISNIN) - Lapan orang calon PT3 2016 memperoleh semua A dalam peperiksaan tersebut yang diumumkan di Dewan Warisan pada pukul 10:00 pagi tadi.
Pencapaian lapan orang calon dengan keputusan 10A itu merupakan peningkatan seramai lima orang berbanding dengan tiga orang yang mendapat keputusan yang sama dalam PT3 2015.
Calon-calon tersebut ialah Chow Wen Xuan, Loh Hong Run, Tan Yue Jian, Aw Tjia Tjie, Ong Qi Wen, dan Tan Pei Qin dari 3 Primie, serta Aleeya Shafeena binti Suhaimizan, dan Seow Ming Jie dari 3 DESSO 1.
Selain itu, tiga orang calon mendapat 9A, seorang mendapat 8a, lima orang mendapat 7A, dan 14 orang memperoleh 6A.
Pencapaian tersebut diumumkan oleh Encik Ruslan bin Haji Ismail, Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik. Pada kali ini DESSO mengemukakan 144 orang calon yang mengambil peperiksaan tersebut pada bulan Oktober lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan