PENGENALAN
HASRAT untuk membina mercu ini disebut-sebut oleh Encik Wan Ahmat bin Wan Sulaiman, Penolong Kanan Kokurikulum, mulai tahun 2016. Pembinaannya bermula pada bulan Ogos 2017, dan disempurnakan pada bulan Mac 2018. Mercu disiapkan sepenuhnya oleh Encik Hassim bin Ismail dan Encik Mohd Nasir bin Ghazali, dua orang kakitangan sokongan sekolah.
Sebaik-baik sahaja memasuki pintu utama sekolah, mercu ini tersergam di hadapan mata. Tapaknya disimen kukuh. Tugu ini didirikan dengan empat tiang kukuh yang dicat merah, biru, dan kuning, menepati lambang bendera negara. Di puncaknya terdapat replika buku yang besar melambangkan ilmu yang dijana kepada pelajar di sekolah ini. Di bahagian bawah buku, diletakkan dua buah jam; sebuah menghadap ke pintu masuk utama sekolah, dan sebuah lagi menghadap ke Bangunan Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah, dan Surau Al-Ikhlas.
Mercu ini menjadi penanda dataran di hadapan sekolah. Nama "Dataran Bonda" bersempena dengan gelaran kepada Puan Hajah Noor Maziah binti A. Rahman, pengetua ke-24 DESSO yang bersifat keibuan dan sangat mengambil berat hal pelajar.
Dataran ini dirasmikan oleh Puan Hajah Noor Maziah binti A. Rahman pada pagi 12 Julai 2018, sehari sebelum beliau meninggalkan DESSO untuk berkhidmat sebagai Pengetua Sekolah Menengah Sains Dungun.

Berdiri dengan empat batang tiang yang berwarna merah, biru, dan kuning, serta tapak yang kukuh
|
Terletak berhampiran dengan pintu masuk utama ke DESSO
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan