18 DISEMBER 2016 (AHAD) - DESSO mendapat enam anugerah daripada tiga kategori anugerah semasa Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Dungun yang diadakan di Dewan Aspirasi, UiTM Terengganu Kampus Dungun pada petang ini.
Dalam kategori Anugerah Pengurusan, DESSO memperoleh Anugerah Pengurusan PBS Terbaik Sekolah Menengah. Anugerah diterima oleh Encik Mazlan bin Mohd, Penolong Kanan Tingkatan Enam. Dalam kategori Anugerah Khas PPD, DESSO mendapat Anugerah Audit Tanpa Teguran - Cemerlang, yang diterima oleh Encik Ruslan bin Haji Ismail, Penolong Kanan Pentadbiran. DESSO juga menerima Anugerah Pencapaian Peringkat Kebangsaan, yang diterima oleh Encik Wan Mohd Yusoff bin Wan Mohamad, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Selain itu, dalam kategori Anugerah Khas PPD, tiga orang guru menerima anugerah individu. Tuan Haji Mohd Zin bin Ibrahim menerima Anugerah Guru PT3 Berwibawa, Puan Siti Kamariah binti Mad Yunus menerima Anugerah Guru Setiausaha PBS Berwibawa Sekolah Menengah, dan Encik Suhaimi bin Mohd Salleh menerima Anugerah Guru Koakademik Berwibawa Sekolah Menengah.
Majlis Hari Anugerah PPD Dungun Ke-6 ini disempurnakan perasmian dan penyampaian anugerah oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Din bin Adam, Pegawai Pembangunan Dungun, mewakili Yang Berusaha Tuan Haji Ahmad Kamel bin Munin, Setiausaha Politik Menteri Pendidikan Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan