Pada 16 Januari 2024 telah diadakan majlis Restu Ilmu SPM tahun 2023 di Dewan Warisan SMKSO pada pukul 11 pagi. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Rusdi bin Hussin, Timbalan PPD Sektor Pembelajaran Dungun.
Antara objektif majlis ini ialah memohon restu ibu bapa dan guru sebelum menghadapi peperiksaan SPM dan mendapat keberkatan ilmu yang dipelajari. Selain itu, dapat menyemai perasaan untuk menghargai, bersyukur dan berterima kasih kepada ibu bapa, guru dan pihak sekolah.
Terima kasih juga diucapkan kepa Co-op Bank Pertama Dungun yang menyumbang cenderamat alat tulis kepada semua calon SPM 2023.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan