5 OKTOBER 2017 (KHAMIS) - Setelah beberapa lama tidak diadakan, pengurusan DESSO dengan kerjasama kakitangan swasta sekolah menganjurkan Majlis Memasak Asyura hari ini.
Program ini dilaksanakan sepenuhnya oleh kakitangan swasta dengan bantuan guru dan pelajar. Aktiviti memasak empat kawah asyura itu bermula seawal pagi dan kesemuanya selesai menjelang 3:30 petang.
Asyura tersebut diagihkan kepada semua guru dan kakitangan pada tengah hari, manakala sebahagiannya diagihkan kepada ibu bapa dan penjaga pelajar yang hadir ke Majlis Solat Hajat Perdana (PT3, SPM, dan STPM) yang diadakan di Surau Al-Ikhlas pada sebelah malamnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan