20 OGOS 2017 (AHAD) - Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia Peringkat SMK Sultan Omar 2017 dilancarkan dengan rasminya dalam Perhimpunan Khas pagi ini.
Majlis pelancaran yang diadakan di Medan Perhimpunan DESSO itu turut dihadiri oleh Tuan Haji Mokhtar bin Omar, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) DESSO.
Pengetua SMKSO, Puan Hajah Noor Maziah binti A. Rahman dalam ucapannya berharap pelajar DESSO yang terdiri daripada pelbagai kaum, dan menganggapnya sebagai Malaysia Kecil, dapat mengekalkan perpaduan agar suasana di sekolah sentiasa dalam keadaan harmoni.
Majlis diserikan dengan gimik bendera Union Jack diturunkan, diikuti dengan perisytiharan kemerdekaan Malaysia, bendera Malaysia dinaikkan dengan iringan nyanyian lagu "Negaraku". Tiga kumpulan pelajar turut mengadakan formasi ungkapan "I Love Malaysia". Sebelum itu, Muhammad Fitri bin Alias dari Tingkatan Enam Atas Gemilang mendeklamasikan sajak ciptaan Usman Awang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan