30 OGOS 2015 (AHAD) - Lebih kurang 200 orang pelajar SMK Sultan Omar mengambil bahagian dalam acara Basikalton Hari Kebangsaan yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SMKSO pagi ini.
Acara bermula dengan pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Perhimpunan yang disempurnakan oleh Encik Wan Su bin Wan Jaafar, Pengetua SMKSO.
Pergerakan peserta basikalton bermula di hadapan pintu masuk utama DESSO menuju ke Kuala Dungun. Selepas singgah di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Dungun, perarakan berbasikal itu melalui Jalan Pantai Teluk Lipat dan berehat di Tanjung Gadung. Dengan diawasi oleh pegawai polis trafik dari Balai Polis Daerah Dungun, peserta meneruskan perjalanan melalui Jalan Lapangan Terbang ke Pondok Kawasan Rukun Tetengga (KRT), Kampung Alor Tempoyak, Dungun.
Di KRT Alur Tempoyak, peserta dan guru pengiring basikalton disambut dan diraikan dalam majlis makan tengah hari oleh ahli jawatankuasa Surau Nur Hidayah, KRT Alor Tempoyak, dan Jabatan Perpaduan Daerah Dungun.
Basikalton ditamatkan di Dataran Perhimpunan dengan penyerahan kembali Jalur Gemilang yang digunakan.