14 JUN 2015 (Ahad) - DUA orang pelajar SMK Sultan Omar yang mewakili pasukan sofbol negeri Terengganu membantu pasukannya menjadi naib johan kebangsaan dalam Kejohanan Sofbol Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Seremban semasa cuti lalu.
Dua orang pemain sofbol itu, Nur Ummy Liyana binti Mohamad @ Kamal dan Siti Nur Ain, berentap dalam perlawanan akhir dengan pasukan dari Selangor dalam Kategori Perempuan Bawah 15 Tahun.
Kedua-duanya menerima sijil dan pingat dalam majlis penyampaian semula yang disempurnakan oleh Pengetua, Encik Wan Su bin Wan Jaffar semasa Perhimpunan Mingguan pada pagi ini.